t>

Breaking News

Penjelasan Sultan Johor Kenapa Dia Sanggup Bayar Mahal2 Untuk No Plat W1N.

Katanya kerana wang tersebut akan disalurkan kembali kepada rakyat marhaen. Itu punca nya Sultan Johor sanggup bayar RM748k untuk membida no plat W1N.

Woww..

Betul ke JPJ akan salurkan kesemua wang tersebut untuk kesejahteraan rakyat? Aku sangat ragu2 bila memikirkan sistem itu disini. 

HAHAHAHA..

Kalau sungguh nak bantu orang. Pe kata belikan rumah untuk orang2 susah yang merempat kat Johor tue. Kalau kita baca paper takyah cakap la. Bersepah. Yang memerlukan rumah dan macam2 perkara lain. Kan lebih baik bagi bantuan direct daripada salur ke JPJ lepas tue entah ye entah kan tidak si JPJ neh akan bantu orang2 yang susah.

MUAHAHAHAHAHA..

Jawapan standard menteri BN.

Lalalalalala..

Baca ;


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.

Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .

"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.

Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.