t>

Breaking News

Rayuan Selamatkan Anak2 Pasangan Yang Ditahan Di Sweden.. - Mesti Baca..


Rupa2nya kena pukul kat tapak tangan aje. Di Sweden kalau budak2 kena pukul sikit pun di anggap satu penderaan kepada kanak2. Ini kerana di sana mereka pentingkan penjagaan anak tanpa perlu gunakan kekerasan fizikal seperti pukul2 walaupun pukul2 tue sikit aje dan tak sakit langsung.

Pelik undang2 macam tu.

Tak relevant pada aku. Kalau pukul sikit kat tapak tangan pun nak meroyan penjarakan ibu bapa mao semua ibu bapa kat Malaysia neh masuk penjara sebab kita kadang2 marahkan anak cenderung juga cubit2 manja walaupun tak teruk mana. 

Untuk rekod, ibu bapa kepada anak2 4 beradik itu telah dipenjarakan selama hampir sebulan. Atas kesalahan memukul anak.

Sekarang neh anak2 itu pula merayu agar ditempatkan bersama2 4 adik beradik tanpa perlu dipisah2kan dan hanya menempatkan mereka di rumah muslim yang hidup berlandaskan hukum. Bukan hidup merapu dan sosial bagai walaupun pegang title penganut muslim.

Bahkan ada juga desakan agar kerajaan Malaysia bawa balik aje la 4 adik beradik tersebut ke Malaysia. Lebih baik. At least dekat dengan persekitaran Islam.

Dalam kes2 neh la kita harapkan Rosmah Mansur masuk campur dan selesaikan kemelut neh. Tak boleh ke mama Rosmah kita call bini presiden Sweden agar dilepaskan kedua ibu bapa yang dipenjarakan itu supaya mereka dapat kembali ke pangkuan anak2?

Mana Rosmah? Tunggu apa lagi.. mohon la hulurkan sumbangan dan jasa...

Yang aku heran. Macam mana pihak berkuasa Sweden boleh mengesan berlakunya unsur2 pemukulan anak2 kepada pasangan tersebut kat sini? Ada orang yang dengki dan mengadu ka?

Dan berikut kat bawah ialah rayuan untuk selamatkan keluarga neh. Ia tersebar di laman2 sosial. Kalau la kerajaan kita boleh campur tangan dan fikirkan sesuatu untuk selamatkan kesemua2 mereka neh dan bawa pulang ke Malaysia alangkah bagusnya..

Baca ;

Perhatian kpd semuo, ini bukan lagi masalah politik partisan. Ini isu kito bersamo!

Salam,

Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya. 

 
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil. 

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.