t>

Breaking News

Sekolah Jenis Cina Paksa Guru Muslim Buka Tudung.


Kegilaan apaan ini? Ini berlaku di Malaysia tau. Aku rasa orang yang paksa cikgu tue buka tudung ;

1. Terlupa yang dia hidup di Malaysia

2. Terlupa yang hak untuk tudung ialah hak asasi setiap manusia yang beragama Islam.

Kepercayaan adalah hak peribadi. Sama macam ko pakai rantai. Ko nak pakai baju pink hijau merah. Kasut hitam ke putih ke apa ke. Seperti itu la juga hak penganut2 Islam nak pakai tudung sekalipun. Benda peribadi ko. Orang nak pakai apa pun (selagi mana tak melucah dan berbogel) lantak la. Yang ko sibuk kenapa?

Gila punya orang.

BTW, isu neh menambahkan lagi point aku kenapa sekolah2 jenis cina dan tamil perlu dihapuskan secara total di negara neh. Sekolah2 neh punca pembiakan semangat racism. Ko akan melihat kebanyakan mereka2 yang bersekolah jenis ini tidak mahu sekolah ini dihapuskan tetapi kita kena tegas. Untuk bina satu bangsa Malaysia, kita kena hapuskan semua sekolah yang mengasaskan semangat perkauman. Bina satu sekolah. Dengan satu semangat. Kita adalah bangsa Malaysia.

Sistem pengajaran yang baik oleh sekolah cina kita boleh tiru. Tetapi jadikan ia lebih universal dan terbuka kepada sekolah kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia seperti idea yang pernah Mahathir asaskan dulu, sekolah 1 sistem.

BTW, ini bukan isu bangsa oke. Sebab kat sini yang kena paksa buka tudung tue orang cina yang menganuti Islam.

Booooo UMNO tak boleh nak main isu bangsa melayu..  walaupun diakhir artikel mereka potpet2 cakap pasal ketegangan kaum.. satu lagi yang buat aku tertanya2.. si Pang = individu yang paksa guru buka tudung tue apa? Dia cikgu ke apa? Tak pula dinyatakan nama jawatan dia secara detail dah kenapa?

Nah, baca dulu  ;

“Kami beri masa 24 jam untuk ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini”.

Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen susulan kejadian guru Cina Muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor yang dipaksa membuka tudung.

Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.

“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.

Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.

“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.

Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.

“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.