Surat Terbuka Untuk Benz Ali.


Aku hormati cara dia neh mengkritik Benz Ali. Tidak menyerang peribadi jauh sekali lontarkan hujah2 merapu serta fitnah melalut. Tahniah sedara, kerana amalkan gaya perdebatan dan perbahasan yang sihat serta santai. Tahniah di ucapkan.

Aku kira sekarang ramai orang mula mengenali siapa itu Benz Ali. Bahkan ia semakin menjadi2 selepas satu video yang di edit dengan tujuan nak memburuk2kan serta menfitnah Benz Ali disebarkan. Aku tak semestinya menyokong hujah Benz Ali dan menafikan hujah dari pihak yang berbeza dengan Benz Ali. Tetapi kalau ko edit2 video dengan tujuan nak mengambarkan Benz Ali neh sebagai teruk dan jahat gila, sesat dan sebagainya aku tak sokong langsung cara macam tue. Sorry to say, itu low class punya attitude.

Video editing tue aku takan sebarkan.

Tapi aku share video penuh disini.

Aku cadangkan tengok dulu video versi penuh then buatla perbahasan dengan Benz Ali. Jika ada ilmu, tahu jawapan dan mahu menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan, maka berbahas la dengan dia. Ikut cara yang betul. Serangan peribadi, fitnah dan lari focus tanpa menjawab persoalan sebenar itu semua adalah attitude orang2 yang low class. Bukan ko yang tentukan siapa yang layak dapat hidayah atau sebaliknya.

Serangan2 peribadi ke atas Benz Ali, menyesatkan dia dan sebagainya aku lihat tidak lebih seperti seseorang yang nak jawab, tapi tatau nak jawab so kita jawab la dengan lari dari topic sebenar.

Apa pun tahniah kepada saudara Fdaus Ahmad. Sekurangnya Fdaus Ahmad buka ruang perbahasan sihat bukan menyesatkan Benz Ali.

Baca ;

SURAT TERBUKA KEPADA BENZ ALI
------------------------------
-----------

Assalamualaikum Benz Ali,

Semoga kau sejahtera dalam perlindungan Allah Azza Wajalla.

Aku menulis surat fesbuk ni lepas aku tengok video ceramah kau, lepas aku baca debat "AGAMA: Perlu atau Tidak?" yang kau anjurkan, lepas aku baca "surat terbuka kau ke Prof Muhaya", lepas aku baca status status kau dan komen komen.

Walaupun ini semua pastinya belum cukup untuk aku kenal kau, namun cukup untuk aku faham apa yang kau fikirkan, terutama dalam hal melibatkan hidup beragama yang kau perjuangkan.

Ya aku stalker kau.Sebab aku nampak ada potensi dalam diri kau, cuma potensi tu perlu diperkemas,diperhalusi dan didorong oleh ilmu dan tatacara akhlak yang betul, selari dengan ajaran moral dan adab adab kemanusiaan.

Di sini, aku bertutur dan menulis bukan mewakili islamis, bukan mewakili sunni, bukan mewakili atheis, bukan mewakili syiah, bukan mewakili wahabi, bukan juga mewakili mana mana idelogi sosialis, kapitalis atau komunis. Aku tidak mewakili sekolah pemikiran yang semua ini, kerana aku tahu ianya tidak terpakai ke atas kau. Jadi aku sedaya upaya meletakkan surat ini atas perspektif 'manusia mencari tuhan', hubungan yang sering kau kait. Terlalu sayang, konteks 'manusia mencari tuhan' yang aku dapati dari skirp dan tulisan kau, selalu meleraikan kepentingan isi agama, yang menjadi 'vehicle' kepada pencarian tulus dan maha bermakna itu.

Benz Ali,


Aku yakin pada masa ini, kau sudah habis telaah teks teks Immanual Kant, kau dah habis telaah Tom Hicks, kau dah habis telaah Ibnu Taimiyyah, kau dah habis telaah Ali Shariati, kau dah habis telaah Wilayatul Faqeh, juga karya Taha Husin, Rashid Redho, aku bersangka kau juga sudah menggauli Sunnan Hadith, Najhul Balaghoh, dan terpaling utama, aku yakin kau tak lekang mengulit karya Tuhan, Al-Quran AL Karim, mungkin juga kau sudah menghafal seluruhnya isi Al-Quran itu.

Kami masyarakat marhein, belum habis baca karya tokoh tokoh hebat seperti yang kau dah baca, Al-Quran pun khatam 3-4 tahun sekali, ada juga antara kami yang khatam 5-7 tahun sekali, yang tak pernah khatam lagi pun ada. Maafkan kami yang tidak membaca dan tidak mahu ambil tahu ini, maafkan kami yang mendokong satu fahaman, lalu menolak fahaman yang lain.

Benz Ali,


Perjalanan kau mencari tuhan dan mencari hakikat kebenaran itu tidak aku pertikaikan. Yang aku hendak tegur adalah proses dan kaedahnya, sangat tidak kena. Tuhan hidupkan api persoalan dalam jiwa dan fikiran kau, persoalan persoalan atas segala hal ketuhanan dan kebenaran yang kau tidak jumpa dalam diri Islamist (kata gelar kau beri pada segolongan orang), lalu melalui pembacaan pembacaan, kau buat penakkulan seolah seolah jawapan itu kau telah jumpa, dan paling perit dan sukar untuk aku terima...jawapan yang kau jumpa itu lah yang maha benar, maka jawapan jawapan lain yang datang terkemudian susah untuk kau terimapakai.

Hasilnya;


Persoalan --> jawapan ---> sebarkan!

Gopoh gapah selalu membawa manusia ke jurang kebinasaan. Terlalu gopoh hendakkan dunia bangkit ke jalan benar (yang kau jumpa sendiri tu), sampai kau lupa etika kemasyaratakatn (aku tak nak sentuh etika keilmuan) dan etika akhlak kemanusiaan seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad (mewakili islam), Jesus (mewakili Kristian), Siddartha Gautama (mewakili Buddha) dan tokoh tokoh dari agama lain. Kau sering laungkan "semua agama membawa ke jalan kebaikan", dalam masa yang sama kau laungkan cabaran berdebat dan berhujah, terang terang untuk tontonan setiap lapis manusia yang mereka ini tidak lagi sampai ke tahap hakikat makrifat (kerana tidak membaca macam kau membaca), lalu sudahnya apa?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau cuba bela dan sedarkan?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau tikam dengan hujah kesamarataan dan memperkecilkan peranan sekolah pemikiran mazhab sebagai contoh? 

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang kau cabar tradisi kepercayaan mereka dengan kekuatan akal kau, hingga mereka rasakan tauhid dan iman tiada tempat dalam hujah yang kau taburkan?

Apa hasil yang kau harapkan ke atas masyarakat yang tokoh tokoh selama ini mereka sanjung kau perlekehkan?

Aku beritahu pada kau benz ali, hasilnya mutlak :

Yang kau hasilkan, tidak lain KEKELIRUAN DAN KEBENCIAN. Bukan KESEDARAN DAN KEBENARAN.

Tidakkah kau ambil iktibar atas kerja dakwah kristian yang menggauli masyarakat yang mereka hendak dakwah dengan kasih sayang dan menerima tradisi masyarakat itu seterusnya diasimilasi tradisi ini ke dalam ajaran kristian, lalu tersebarlah agama kristian itu?

Tidakkah kau ambil iktibar dari Siddartha Gautma yang membawa akhlak, budi pekerti yang dipamer kepada pengikut dalam menunjuk ajar erti kehidupan dan ketuhanan?

Dan tidakkah kau mengambil iktibar dari ajaran Nabi Muhammad yang tidak membalas musuhnya dengan caci maki, sindiran, dan kebencian?

Habis, jawabkan kepada aku dalam susunan ayat yang lengkap;

"Apa yang kau perjuangkan sebenarnya dan dari inspirasi tokoh yang mana satu?"

Erti mencari tuhan itu sendiri sudah terpeseong bila nilai moral, akhlak dan kaedah sosial kau abaikan. Kau merendahkan akal fikir masyarakat seolah olah mereka ini semua telah mengikut jalan yang salah.

Benz Ali,


Pergilah berjumpa faqeh faqeh dan bermuzakarahlah secara tertutup, jangan didendangkan persoalan-jawapan-penyelesaian yang kau jumpa kebenak masyarakat sewenang wenang tanpa arah tuju yang jelas. Melepaskan geraam dan menunjuk pandai secara terbuka ni selalunya akan mendatangkan padah dan mara bahaya.


Berendah dirilah, dan fikirlah sedalam dalam sebelum kau cakap atau tulis apa apa perkara.
Ya aku tahu, kau tidak kisah semua padah dan mara bahaya. Namun sekurangnya fikirkanlah keluarga kau yang sayangkan kau, sahabat sahabat kau yang suka dengan kau dan orang sekeliling yang masih memberi harapan pada kau.

Cubalah tunduk dengan ilmu yang kau ada, bukan mendongak bangun mencabar manusia. Tiada agama yang ajarkan sikap sebegini.

Terima Kasih
Pidomat

Share this :

Previous
Next Post »