t>

Breaking News

Ular Makan Kucing - Laporan Polis Satu Malaysia Oleh Pencinta Kucing Terhadap Pemilik Ular!

Macam2 kat di Malaysia neh. Kadang2 tingkah laku sesetengah pihak buat aku tergelak aje la. Yang terkini pasal pencinta2 kucing yang masih lagi berang dengan tindakan beberapa pencinta2 ular yang post gambar ular makan kucing.

Bagi yang tatau isu boleh rujuk sini dan sini terlebih dahulu.

Yang terkini. Mereka buat laporan polis ramai2 disebabkan gambar tersebut. Kalau ikut laporan dari akhbar ini, setakat neh dah ada 30 laporan polis yang dibuat. Semua nya atas sebab yang sama. Sila siasat pemilik2 ular berkenaan. Samada mereka ada lesen membela ular atau tiada. Dan siasat jika2 pemilik ular2 berkenaan tidak berkemampuan untuk memberi ular makan tapi sibuk nak bela juga sampaikan anak2 kucing jadi mangsa.

Rujuk ;


Laporan yang sama juga akan dibuat oleh pencinta2 kucing di seluruh Malaysia. Bahkan ada yang beranggapan bahawa misteri kehilangan kucing2 di sekitar Melaka mungkin disebabkan ada pihak yang mencuri kucing2 tersebut untuk dijamu kepada ular2 belaan mereka.

Untuk rekod, individu yang mula2 menimbulkan kontroversi ini ialah pemilik kepada ular bernama Si Ringgo. Pemilik ular berkenaan sudah pun meminta maaf dan memberitahu bahawa ularnya tak makan kucing sebaliknya makan tikus. Dia nak buat lawak aje tapi tak sangka pula akhirnya makan diri. Gambar berkenaan telah pun dipadamkan dari wall facebooknya.

Apa boleh buat. Hajat di ahti nak melawak. Alih2 peminat kucing sentap la pula. Ini namanya lawak makan diri. 

HAHAHA..