t>

Breaking News

30 Kakitangan PKNS Ditamatkan Kontrak, Bukan Dipecat Kata Khalid Ibrahim.

Apa maksud dipecat?

Ko bekerja di satu tempat. Lepas tue tiba2 majikan panggil ko. Dia cakap nak pecat ko atas sesuatu sebab. Jadi dia bagi la surat pemecatan jawatan pada ko. Maka itu bermaksud ko telah pun dipecat dari jawatan yang ko sedang sandang ketika itu.

Apa pula maksud ditamatkan kontrak?

Ko bekerja di satu tempat. Ada syarat, terma dan perjanjian tertentu yang dipersetujui bersama antara ko dan pihak syarikat yang mengambil ko bekerja. Apabila tiba waktu tamat kontrak, pihak syarikat berhak untuk tidak menyambung kontrak tersebut atau berhak juga untuk menyambung kalau ko bersetuju nak sambung dan sebaliknya. Jadi bila pihak syarikat taknak sambung kontrak ko dengan dia maksudnya kontrak kerja ko tak disambung. Bukanla dipecat.

Faham tak part neh?

Lihat pula laporan awal Utusan semalam.

Baca ;


Dan ini pula penjelasan MB Selangor yang dipetik menerusi BERNAMA ;

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Beliau ketika ditemui berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan pemberhentian disebabkan mereka tidak melanjutkan kontrak kakitangan terbabit.

Abdul Khalid berkata menerusi nota yang diberikan kepadanya, pihak pengurusan PHSB memaklumkan tindakan itu adalah sebagai langkah untuk menentukan jumlah pekerja yang sesuai dalam organisasi berkenaan memandangkan pekerja yang diberhentikan itu adalah pekerja kontrak.

"Itu adalah keputusan pengurusan PHSB dan saya percaya pasti ada sebabnya malah pada saya konsep dipecat boleh jadi tiada tetapi konsep tidak diteruskan pelantikan boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat negeri Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah ALam malam tadi.

PHSB memecat 30 kakitangannya semalam, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ketika diminta mengulas sama ada pemberhentian itu ada kaitan dengan isu dalaman yang dihadapi PKNS kini, Abdul Khalid turut menafikan ia disebabkan perkara berkenaan malah kes itu masih lagi dalam proses pendengaran yang dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor - Bernama

Bukan dipecat. Tapi ditamatkan kontrak. Seramai 30 pihak yang terlibat. Kenapa ditamatkan kontrak? Oleh kerana media UMNO mewar2kan penamatan kontrak tersebut dilakukan secara mendadak, tanpa sebarang alasan, elok juga PKNS pergi berjumpa dan berunding dengan 30 kakitangan yang terbabit tue. Sebab sekarang yang bawa citer ialah 30 kakitangan tersebut. Media UMNO war2kan aje. Yang buat citer tue ialah 30 kakitangan yang ditamatkan kontrak tersebut. 

Mesti ada sebab kenapa mereka buat citer. Fikir dari kesemua sudut. Harap2 PKNS dan 30 kakitangan terbabit boleh selesaikan konflik ini dengan secepatnya. Kalau sungguh perlu tamatkan kontrak, at least bagi alasan yang proper sikit. At least dorang faham la juga. Harus di ingat, dalam keadaan rakyat kelam kabut dok fikir pasal kos sara hidup, sebarang kehilangan pekerjaan merupakan satu musibah yang besar, tahu. Fikir sama.

Oke bai.