t>

Breaking News

Anak Tak Siap Kerja Sekolah, Bapa Lapor Polis - Ini Penjelasan Dari Pihak Bapa Yang Teruk Di Maki.

Aku rasa semua tahu berapa banyak makian yang si bapa neh terima sejak2 kes dia tersebar seminggu yang lepas. Kes apa tue? Alah pasal kes seorang bapa yang lapor polis sebab anak dia kena pukul dengan guru sekolah disebabkan tak siap kerja sekolah.

Kes kat bawah neh hah ;


Ini rujukan berita berkaitan : http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-tahun-enam-trauma-akibat-dirotan-dan-dihalau-guru-1.130895

Selepas puas bapa budak tersebut dimaki hamun tetiba kita dihidangkan pula dengan cerita terbaru dari kes tersebut. Penjelasan di bawah neh sedang tersebar meluas di alam maya. Konon nya individu tersebut menerima maklumat langsung dari pihak bapa kepada murid tahun enam tersebut. Ada sebab2 kenapa bapa budak tersebut buat laporan polis. Bukan nya membuta tuli.

Lihat ;


Mana satu yang betul neh? Takan sekadar terima mesej macam neh kita nak main percaya bulat2 ye tak? BTW, aku tak terlibat dengan memaki hamun mana2 pihak. Baik si bapa yang lapor polis mahupun si guru yang didakwa membantai murid perempuan tersebut. Aku rasa untuk lebih adil dan demi menjaga kredibliti penjelasan di atas, ada baiknya jika individu = bapa tersebut tampil membuat sidang media, menjelaskan suasana bahawa dia tidak sepatutnya dimaki beramai2 di alam maya seolah2 dia terlalu protected anak dia sedangkan dia lakukan ini demi mencari keadilan. Sentimen nampaknya lebih menyebelahi kepada guru tersebut. Berbanding kepada bapa yang melapor polis.

Cadangan aku juga, pihak sekolah yang terbabit perlu menyelesaikan aduan berbangkit dengan kadar segera.

Dan andai benar anak dia di dakwa OKU, mohon pihak2 berkaitan terus ke depan bagi menyelesaikan permasalahan berbangkit. Jenuh dah asyik maki hamun dan salah menyalahkan. Ini masa untuk kita cari solusi untuk kebaikan semua.

Oke bai.