Direjam Kerana Mempunyai Account Facebook.

Memiliki account facebook di anggap seperti berzina. Itu sebab remaja perempuan tersebut kena rejam katanya.

Baca ;

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail

Gambar yang disiarkan oleh SH yang merujuk kepada remaja perempuan yang direjam itu.

Lihat ;


Pendapat aku.

1. Ingat orang BODOH sangat ke nak main percaya berita neh tanpa usul periksa?

2. Apa yang tersiar di berita ataupun yang dilaporkan oleh media antarabangsa tak semestinya benar dan fakta.

3. Setahu aku orang2 yang berada di Syria bebas je memiliki FACEBOOK. Siap update situasi semasa lagi. Pelik tak?

4. Pendapat aku, berita neh perlu memberikan fakta yang lebih kukuh lagi. Setakat penulisan macam neh susah nak anggap ia benar. Gambar pun tak semestinya mewakili keadaan sebenar. Berapa banyak dah kita semua terkena dek gambar2 dari Syria neh? Kejap direjam la, kena dipukul la kena dibunuh la kena ditembak la alih2 itu cuma rakaman filem la ditangkap oleh jurukamera amatur la, sebahagian dari babak drama la, babak iklan pun ada. Aduhaiii.. pening aku.

Aku harap kita semua lebih ber-ahti2 dalam menerima maklumat yang tersebar. Zaman sekarang benda yang kita rasa betul pun belum tentu betul. Fikir2kan la ek.

Share this :

Previous
Next Post »