t>

Breaking News

Dua Kanak-kanak Mati Dikelar.


Takutnya aku baca. Budak kecik2 mati kena kelar dengan pembantu rumah sendiri. Adoyaii.. itulah pasal sekarang neh nak tinggalkan budak2 dengan pembantu rumah sendiri pun bahaya. Tak pasal2 aje mati dibunuh. Mak bapak penat2 kerja balik rumah alih2 anak kena bunuh.

Kejam.

Lepas bunuh budak, dia bunuh diri.

Dah kerja selama 2 tahun. Bukan baru bekerja dengan keluarga tersebut. Kena rasuk ke ataupun angkara dendam?

Baca ;


Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat ibu negara semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.

"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.

Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya. - 26/2/14 - BERNAMA-