t>

Breaking News

Gambar Remaja YG Direjam Angkara Facebook Rupanya Adalah Dari Babak Filem..

Semalam aku ada tulis pasal neh. Aku ada menyatakan rasa was2 nak mempercayai laporan berita tersebut. Nampaknya memang tak sia2 rasa was2. Pasal memang tak betul pun. Nampaknya media kita pun terkena sekali dengan propaganda pihak luar terhadap kelompok tertentu di Syria. Gambar yang disebarkan melalui suratkhabar arus perdana versi cetakan dan online menceritakan bahawa ia adalah imej ketika gadis tersebut direjam. Sedangkan ia sebenarnya bukan la begitu.

Rujuk episode pertama kat sini.

Lihat gambar kat bawah neh dulu ;


Adui.. adui.. aduiiii

Siap masuk paper lagi tue.

Tak fikir ka benda neh memberikan gambaran negatif mengenai ;

1. Negara yang menganuti Islam

2. Terhadap Islam

3. Terhadap komuniti muslim

Itu sebab tak boleh suka2 nak main percaya aje. Kang ada la yang fikir agama kita mendorong kita jadi taksub melampaui batas sehingga membelakangkan prinsip keadilan. Apa pun tak boleh. Adakah patut dalam artikel yang sama depa dok cakap ;

Memiliki facebook = sama seperti berzina = itu sebab remaja muslim tersebut direjam sampai mati.

Aku dapat dari hasil review dan pembacaan mengenai filem tersebut di pelbagai media di internet, ia menceritakan tentang kisah seorang wanita yang dituduh berzina dan mati angkara direjam. 

Dan, filem tersebut mempersoalkan beberapa perkara ;

1. Kenapa hukuman rejam dikenakan terhadap wanita semata2 (gambaran secara salah yang ditunjukkan oleh negara2 ISLAM la sangat konon nya) ;

2. Diskriminasi bagaimana undang2 yang diselitkan atas nama ISLAM digunakan untuk menindas kaum wanita ;

3. Kenapa ada di negara2 Islam khususnya macam ARAB SAUDI dan IRAN yang seringkali menyalahkan wanita bila berlakunya perzinaan antara dua individu ;

4. Kenapa ada sesetengah kes rogol di anggap kes perzinaan ;

5. Kenapa pula moral dan peribadi wanita itu menjadi urusan negara = menghukum mereka2 yang berzina ;

6. Kenapa hukuman yang dikenakan sangat kejam dan tidak mencerminkan nilai2 Islam yang seringkali melaungkan kelembutan, berkasih sayang sesama umat dan saling bantu membantu untuk membetulkan arah hidup?

Aku takmo jawab sebab aku tatau nak jawab macam mana. Filem ini adalah hasil refleksi terhadap bagaimana negara2 yang mengakui mereka negara Islam melayani wanita di negara2 tersebut. Sampaikan memandu kereta pun salah. Aku tak hidup kat negara2 tersebut. Teruk2 Malaysia pun takde la kami hukum mangsa rogol sebagai mangsa zina. Opss sorry.. terlepas cakap plak.

WAKAKAKA..