t>

Breaking News

Guru Di Arah Jalani Rawatan Mental Selepas Tumbuk Pelajar Perempuan..


Bukan kali pertama. Rupanya sebelum ini guru tersebut dah ada rekod belasah pelajar di sekolah tersebut. Cuma kali neh lagi teruk. Pelajar sampai berdarah2 dibuatnya. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan semua kena belasah. Yang pelajar perempuan kena belasah sampai patah cermin mata dia. Aduhai..

Dalam erti kata lain, sebagaimana ada pelajar2 yang nakal dan samseng di sekolah, guru2 yang panas baran dan suka menghukum secara membabi buta pun wujud juga.. bagi aku kalau tak bawa buku latihan sekalipun apa ke hal nya pula nak belasah pelajar2 tersebut sampai berdarah2? 

Katakanla pelajar lelaki tue samseng sangat. Tapi wajar ke membelasah sampai berdarah2 muka budak tue? Tapi yelah, bila aku tengok gambar pelajar lelaki tue yang menangis2.. tak nampak pula dia macam pelajar yang samseng. 

Lihat ;


Yang pelajar perempuan kena tumbuk muka pula? Apa tindakan yang menghalalkan perbuatan guru tersebut? Guru tersebut kena belasah dengan pelajar perempuan tingkatan 1 ke? Besar mana la pelajar perempuan tingkatan 1 / 2 tue ye tak? Kalau besar sekalipun, kuat mana la pelajar perempuan nak membantai guru lelaki, ye tak?

Haizhh..

Tindakan guru ini memburukkan lagi imej guru2 di mata masyarakat... aku fikir punya fikir punya fikir pun susah nak terima apa2 alasan yang pelajar perempuan tue kena tumbuk di muka.. melainkan pelajar perempuan tue buat citer bohong la kan.. dia tak kena tumbuk tapi cakap kena tumbuk.. tapi kalau citer betul memang gila kot agaknya guru tersebut..

Baca ;
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung.

Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan  laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa.

Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga
kes itu selesai.

"Kita akan meneliti dan menyiasat perkara ini dengan melibatkan semua pihak untuk mengetahui kejadian sebenar termasuk kesemua pelajar berkenaan. Kita telah menghantar dua pegawai kita ke sekolah berkenaan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Idris berkata guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Jan lepas namun ia berjaya diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.

Hari ini, akhbar melaporkan guru berkenaan didakwa bertindak keterlaluan apabila membelasah empat pelajar di sekolah berkenaan pada 12 Feb lepas.

Seorang pelajar lelaki disepak di bahagian muka dan mengalami pendarahan di dagu ketika berada di makmal komputer selain seorang pelajar perempuan ditumbuk  lima kali di bahagian muka sehingga menyebabkan cermin matanya patah.

Dua lagi pelajar turut didakwa menjadi mangsanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata pihaknya menerima laporan daripada empat pelajar berkenaan iaitu seorang pelajar Tingkatan Dua dan tiga pelajar Tingkatan Satu.

"Siasatan mendapati kejadian terhadap tiga pelajar Tingkatan Satu ada kaitan dengan tidak membawa buku latihan ke sekolah, manakala kejadian  melibatkan seorang pelajar lagi mungkin tidak disengajakan adalah berkaitan botol air," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan daripada guru berusia 34 tahun itu semalam selain mendapatkan rekod kesemua pelajar terbabit daripada pihak sekolah dan rekod guru itu daripada PPD Manjung untuk siasatan. - Bernama