Ibu Ditinggalkan Kisah Benar Ke?

Baru2 ini telah tersebarnya satu gambar printscreen yang merujuk kepada seorang makcik yang ditinggalkan oleh anaknya di bus stop bandar Larkin.

Lihat apa yang tersebar di wassap dan facebook baru2 neh ;


Perghh..

Siap minta bantuan untuk disebarkan lagi tue.

Konon nya si makcik tadi tue takde tempat berteduh dan siap sebut nama anak2 dia lagi tue. Kalau aku yang jadi kenalan anak2 dia aku pun SERAM membaca nya. Boleh menimbulkan persepsi yang negatif beb. Siyes.

Aku ada search individu yang dok tulis benda neh kat facebook, cari punya cari punya cari yang nama sama ada lah, tetapi kalau DP facebook tak sama dan yang paling penting, takde pun wall berkenaan update mengenai hal tersebut.

Biar betul beb?

Satgi orang sebar punya sebar sebab nak tolong cari anak2 dia, last2 tak jadi apa.

Takut2 anak dia pula kata kita dok fitnah sebab tuduh2 mereka tinggalkan ibu sendiri kat bus stop.

Macam pelik je.

Itula yang malas nak sebarkan sekarang neh. Pasal asyik terkena aje. Sebar punya sebar alih2 benda tue sekadar SCAM nak kenakan individu tertentu atas tujuan apa pun kita tak pasti.

Aku cadangkan mulai sekarang kalau nak sebarkan apa2 sekalipun, screenshot dengan id fb dia sekali. Senang kita nak trace di kemudian hari. Ini aku tatau la berapa ramai yang dah sebar kat merata tempat. Entah betul, entah kan tidak, haizhhhh.. 

Btw, sapa tahu cerita neh betul ke palsu?

Kalau betul, adakah makcik neh dah diselamatkan dan diletakKan di tempat yang sewajarnya? Apsal makcik tersebut enggan ke rumah anak2 dia? Krisis ke sakit ke apa?

Kalau tak betul, harap2 boleh hentikan sebaran mengarut neh ye semua.

Share this :

Previous
Next Post »