t>

Breaking News

KJ Tidak Benarkan Lee Chong Wei Jadi Calon Kajang.

Pula dahhh..

Zahid cakap dia mahu LCW jadi calon kajang mewakili BN untuk melawan DSAI memandangkan LCW mempunyai satu nama yang agak besar dan popular. Bersandarkan kepada perkara tersebut Zahid Hamidi beranggapan LCW boleh memberikan cabaran besar kepada kedudukan DSAI di Kajang yang mana rata2 beranggapan bahawa DSAI ialah calon pasti menang di Kajang.

Namun perkara yang berbeza disuarakan oleh KJ menerusi twitternya ;
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Beliau dilaporkan menulis di laman mikro Twitternya, Lee "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.


Respon LCW pula ;
Pemain badminton dunia Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui cadangan agar beliau menukar haluan ke arena politik, lapor Utusan Online.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu.

Lee juga dilapor juga menolak memberikan sebarang komen tentang kesediaannya bertanding di kawasan tersebut.

Mesti LCW nak jaga ahti kedua2 belah pihak itu yang enggan mengulas tue. Kalau cakap lebih2 kang sana kena sini pun kena. Senang2 baik takyah cakap apa2 langsung. Betul tak?

HAHAHAHA..

Sejujurnya, aku tak rasa LCW akan bertanding di KJ. Even BN letak LCW sekalipun, kedudukan DSAI di kajang cukup kuat. Anwar Ibrahim dah tentu2 orang politik. Tokoh politik yang terkenal dalam dan luar negara. Walaupun LCW terkenal juga tapi dia tokoh sukan. Bukan tokoh politik. Tak sama bidang. Kalau lawan badminton, LCW pasti menang. Kalau lawan politik? Rasanya tak mungkin kot.

HAHA..

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/253319