Rosmah Korbankan Hobi Bermain Badminton Demi Rakyat..


Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.
Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.


Kritik batik 'gunung berapi'

Sementara itu, Rosmah juga menyarankan pengusaha batik agar lebih peka dengan tema terkini supaya corak yang dihasilkan lebih menarik dan tidak seperti “tsunami” mahupun “gunung berapi”.

Katanya, yang mempunyai citarasa batik berwarna cerah keadaan itu akan menarik minat pembeli luar negara.

"Saya akan selalu bagi cadangan kepada pembekal batik, sesiapa nak bekal batik untuk saya bagilah warna cerah, tapi janganlah serabut macam 'tsunami' pun ada.

"Tema 'tsunami', 'gunung berapi' itu bukan sesuatu yang baik untuk dipandang orang.

"Kenalah bercorak sangat menarik, sejuk mata orang nak pandang lagi dan lagi terutama kepada pelanggan luar negara,” katanya.

Rosmah juga menasihatkan pembekal supaya selalu meneliti laman web bagi mengikuti warna dan corak terkini. -MK-

Lawaknya.

Bukan buat apa sangat pun. Aku rasa Rosmah lebih banyak habiskan masa untuk bershopping dari menghabiskan masa untuk bantu rakyat. Tolong jangan buat lawak la weh.

Yang aku tak tahan tue bila dia sembang bab batik.

Terang2 minta batik free tue. Perghhhh.. lepas tue siap minta nak corak macam mana macam mana pula tue. Sudah la nak free, lagi banyak citer pasal corak pula. Memang betul la orang kata Rosmah wanita paling berpengaruh di Malaysia. Tengokla, kemain lagi dia bercakap..

HAHAHAHA.. 

Share this :

Previous
Next Post »