Tawar Ganjaran RM2,000 Untuk Kepala Benz Ali.. - Kecoh Di Laman Sosial..

Begitula yang kecoh di media sosial sejak semalam. Semalam ada seseorang yang bernama Ibn Azhar menawarkan ganjaran sebanyak RM2,000 kepada sesiapa saja yang mampu membawa kepala Benz Ali kepadanya.

Lihat ;


Kalau diperhatikan betul2 apa yang Ibn Azhar tuliskan, dia menyatakan kekecewaan secara terbuka bahawa dia merasa amat malu terpaksa membiarkan Benz Ali mengaku murtad secara terang-terangan tanpa ada sesiapa di sana untuk membawanya kembali ke jalan yang lurus. Tawaran rm2,000 ini berkemungkinan besar bersifat provokasi untuk memancing sentimen. Siapa tahu?

Aku ada baca wall Ibn Azhar semacam ada sesuatu yang dia sedang sampaikan tetapi aku tak dapat nak faham lagi buat masa sekarang. Mungkin ini sebagai satu usaha untuk mereka2 yang berkuasa buka mata bagi menanggani gejala murtad hingga ke peringkat akarnya. Jangan sampai biarkan rakyat mengambil tindakan sendiri. Bila itu berlaku nanti, jangan menyesal dan menyalahkan rakyat pula dikemudian hari.

Bagaimanapun, aku tak pernah beranggapan Benz Ali itu murtad ataupun pernah dengar dia mengaku murtad pula. Kalau dia buat ayat2 provokasi = luahan jujur itu dah biasa la. Takan itu dijadikan kayu pengukur untuk label dia sesat dan murtad, betul? Dia sebenarnya adalah insan yang kecewa disebabkan perangai ahli agamawan2 zaman sekarang.

Pemikiran Benz Ali bukan la pemikiran yang pelik kat negara neh sebenarnya. Ia samada ko berani menulis apa yang ko fikirkan ataupun ko diam aje tak berkata2 tapi fikir perkara yang sama dalam akal ko. 

Begitu juga dengan pemikiran Ibn Azhar. Samada ko berani menegaskan apa yang ko rasa ataupun ko hanya duduk sorok2 dan fikirkan perkara yang sama. Perkara ini terjadi disebabkan sikap sesetengah agamawan2 yang tidak berpaksi kepada Islam sebenar. Agamawan gagal mendidik masyarakat dan memainkan peranan disitu meskipun mereka dilantik dan ditugaskan untuk menyumbang kebaikan kepada masyarakat bahkan peranan agamawan dalam agama itu sendiri menyeru kepada dakwah dan didikan.. 

Jadi bila ada orang mula campurtangan dan buat kerja agamawan2 yang gagal berperanan ataupun jika mereka mula berani bertindak mempersoalkan fungsi agama dan agamawan sehingga mendorong akidah mereka dipersoalkan, itu adalah akibat yang agamawan2 harus tanggung disebabkan mereka tidak memainkan peranan yang sepatutnya disitu. Fikirlah la ek..

Share this :

Previous
Next Post »