t>

Breaking News

Ahli Keluarga Penumpang Pesawat #MH370 Lempar Botol Air Kepada Staff MAS..

Marah.

Seperti yang aku sebut banyak kali. Sentimen ahli keluarga mangsa perlu kita fahami dan hormati. Tapi tak perlu la kita pun sibuk ambil kesempatan p kutuk2 staff MAS. Dorang tertekan dan kita tak perlu la p tambah tekanan dorang.

Yang aku tahu.

Ahli keluarga sibuk nak mendapatkan maklumat setiap satu saat. Diibaratkan begitula. Tetapi apa la maklumat yang mampu disalurkan apabila there is no new findings. Tiada penemuan terbaru, terkini yang boleh dikongsikan jadi bagaimana mampu pegawai MAS kongsikan info terkini. Sebaik2nya bersabarlah. Lama2 dorang faham la tue yang MAS pun taknak benda neh berlaku.

Anggota keluarga kepada warganegara China dalam pesawat MH370 dilapor membaling empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dengan botol air di Beijing.

Ia berlaku apabila pekerja syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat hilang itu, laporNew York Times.

“Semua orang Malaysia penipu!” jerit seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?”

“Berita dia dalam bahasa Inggeris,” jerit lelaki China itu kepada seorang pekerja lain yang bertindak sebagai penterjemah.

Seramai 138 warganegara China dalam pesawat itu.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/256734

Untuk rekod, di negara China botol air tidak dianggap sebagai salah satu senjata berbanding di negara kita, botol air, garam dan tuala pernah di anggap sebagai senjata.

Itu je la yang aku nak sebut.

Pray for #MH330