t>

Breaking News

Angkara BRIM Ustaz Azhar Idrus Kena Kutuk..


Kalau dulu kias2. Namun sekarang semakin berani pula meluahkan kritikan secara terbuka.  Tak takut ke geng2 UMNO yang minat ustaz rasa sentap?

Hihi..

Kata Ustaz Azhar Idrus ;

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam. -SH-

Pada aku ada benarnya point UIA itu. 

Cuma perlu diperjelaskan bahawa ;

1. Terlalu banyak yang rakyat berikan kepada kerajaan. Macam2 bentuk cukai yang dikenakan.

2. Tetapi sebagai balasan, kerajaan hanya memulangkan sedikit daripada apa yang mereka perolehi kepada rakyat.

3. Hospital, jalan raya, perkhidmatan dan sebagainya yang kerajaan sediakan melalui hasil kutipan cukai itu pula rata2 tidak effisen bahkan menyusahkan kembali rakyat di kemudian hari.

4. Ambil contoh mudah, sekolah. Dah la bina sekolah gunakan wang cukai rakyat tetapi bangunan sekolah yang usang bersepah2. Modul pembelajaran pula agak keterbelakang dan sistem pendidikan jadi caca marba disebabkan campurtangan politik dan pembuat dasar yang hanya mengutamakan pihak berkepentingan dan mengabaikan banyak pihak2 lain.

5. Bagaimana pula dengan hospital? Pun sama. Sengaja mewujudkan perkhidmatan yang tidak menyeluruh, tidak cekap bahkan yang lebih teruk mereka tiada daya saing dan semangat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka disebabkan kerajaan enggan memastikan kualiti hospital kerajaan berada di tangga yang membanggakan akibat lebih suka mewujudkan rangkaian perubatan swasta yang lebih memberikan keuntungan lumayan kepada mereka dari segi pulangan cukai. 

6. Sesetengah hospital kerajaan mempunyai sikap staff yang bagus disebabkan pengarah hospital yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Ataupun kerana mereka separa kerajaan separa swasta.

7. Sesetengah hospital kerajaan pula? Lue fikirlah sendiri.

Ini baru sedikit contoh yang aku nama kan. Bayangkan pelbagai rakyat dari pelbagai negeri menghadapi pelbagai masalah disebabkan kerajaan pada hari ini sekadar memerintah akibat mahukan wang gaji bukan atas nama nak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah.

Kalau la, kita tak mendapat BRIM tetapi perkhidmatan kerajaan kita berada di tahap yang tiptop setimpal dengan apa yang kita telah keluarkan selama neh, aku percaya HARAM orang nak kutuk BN sebarangan. Macam di UK. Segala2nya mungkin MAHAL tetapi sekurang2nya GAJI mereka yang MAHAL mampu menyerap kos yang MAHAL itu disamping, mereka juga dilayan secara 'MAHAL' oleh kerajaan mereka. Kita? Ada? Hanya layanan MURAH aje yang dapat kita perolehi walaupun bayaran CUKAI yang dikenakan adalah bertaraf MAHAL. 

Yang pelik dan jeliknya ada juga orang2 bengong yang tak faham kenapa kritikan di atas dibuat. 

Lihat komen yang terbit di SH.


Alahai..


Dasar..

Mempertikaikan ketidakcekapan kerajaan dalam menguruskan sesuatu bukan nya bermaksud kita mendidik rakyat agar menjadi tidak bersyukur. 

Dan berperangla umat umno dan pas di SH angkara UAI. Sekaligus masalah dasar yang dibuat oleh BN diabaikan.

HAHAHAHA..  

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/azhar-idrus-br1m-tidak-setimpal-1.255792