t>

Breaking News

Gambar2 Kebakaran Hutan Berhampiran Kilang LYNAS.

Cuaca yang panas. Semakin hari semakin panas. Pelik juga bila nampak cuaca redup sikit macam nak hujan tapi hari tak hujan2 pun. Sekadar redup. Belum lagi waktunya untuk bumi Malaysia dibasahi hujan. 

Jika sebelum ini kita menghadapi musim banjir di beberapa negeri. Kini keadaan jadi terbalik. Kita menghadapi musim kepanasan di beberapa negeri. Panas sangat sampai air pun kering. N9 dijangka akan memulakan proses catuan air di beberapa daerah selepas Selangor melakukan perkara yang sama bermula minggu lepas. Pahang, Johor dijangka menyusul jika keadaan ini berterusan.

Maka, jangan la lupa kaji sikit2 sikap dan tingkah laku kita terhadap sang pencipta selama ini..

Haha..

Berbalik kepada kebakaran hutan yang berhampiran di Kilang Lynas ;

Kebakaran hutan semakin marak di Kawasan Industri Gebeng berhampiran dengan kilang lynas..

Menurut maklumat, kawasan kebakaran yang bermula pagi tadi boleh di lihat sejauh 10 kilometer dan mengakibatkan jarak penglihatan di kawasan berhampiran menurun kepada 5 meter sahaja dan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan industri tersebut.

Lebih 40 anggota Bomba dari Balai Gebeng dan Indera Mahkota dibantu anggota Bomba TLDM dan BASF Petronas bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Di masa yang sama kebakaran dilapor merebak ke Kampung Palas, Cherating seluas 150 ekar dan berhampiran Pusat Latihan Maritim.

Sumber : http://omakkau.blogspot.com/2014/03/6-gambar-hutan-berhampiran-dengan.html

Gambar2 berkaitan ;








Harap2 semua nya selamat. Dan kebakaran tue tak merebak ke dalam kawasan kilang LYNAS. SERAM aku memikirkan kalau itu berlaku. Perasan tak sejak cuaca di negara kita semakin panas, kepala macam mudah pening?

Huhu..

Strok haba ke apa?

Hati2 la semua. Kebakaran sesaja sekarang neh.