Herman Tino Tarik Diri Tanding Di Kajang.



Hari tue kemain lagi nak bertanding bagai. Beria2 keluarkan kenyataan sana sini. Ingatkan dah firm sangat la tindakan dia. Rupa2nya sembang je lebih.


HAHAHA..

Last2 tarik diri. Tapi apa pun tindakan dia tarik diri tue memang tepat dan betul pada masanya. Sebab kalau dia bertanding pun buang duit aje. Bahkan jangan harap dapat balik deposit awal.

BTW, cuba korang baca artikel berita kat bawah neh sat. Ada tak dia tulis dulu Hermantino dapat berapa undi?

HAHAHA..

Penyanyi dangdut, Herman Tino mengumumkan tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Herman memberitahu sebuah portal berita pada Khamis bahawa dia menarik diri kerana tidak mahu dituduh menjejaskan undi atau menerima bayaran untuk bertanding.

"Saya tidak mahu dipanggil sebagai perosak undi atau mencari publisiti murahan," katanya. Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi, pernah bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.
Beliau mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Noh Omar dan Mohamad Rashdi Deraman dari PAS.

Kerusi itu dimenangi oleh Noh yang memperoleh 20,548 undi menewaskan Mohamad Rashdi dengan majoriti 4,394 undi.

Share this :

Previous
Next Post »