t>

Breaking News

Ini Dia Artikel Yang Buat Ahli Keluarga Kapten Zaharie Sakit Hati Terhadap Daily Mail !!!


Bodoh punya laporan. 
Pertama, DM menipu.
Kononnya dia ada temubual ahli keluarga pilot MH70 tapi haram ada. Tak habis2 nak tulis artikel sebarangan tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa. 
Kedua, sudah la menipu, boleh pula buat tatau aje dengan apa yang dia sebarkan. Slumber gile dorang neh. Menfitnah, menipu, dan buat bodoh sekaligus. Apa ahli keluarga kapten Zaharie tak boleh saman depa ke?
Nak tahu apa yang Daily Mail tulis sehingga menyakitkan ahti ahli keluarga kapten Zaharie? Baca kat bawah neh ;
Juruterbang mengalami masalah rumah tangga.
Bercakap kepada media buat kali pertama, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Menurut Daily Mail, Kapten Zaharie dalam proses menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding keluarga.
Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang.
Faizah Khanum Mustafa Khan, isteri Kapten Zaharie memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui beliau banyak menghabiskan masa bersendirian di bilik simulator penerbangannya.
Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya, “Dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu.”
Minggu lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama ahli-ahli keluarga yang lain telah disoal siasat oleh polis.
Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.
“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”
Sepanjang soal siasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu.
“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.
Walaupun tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga. Apabila tidak bertugas, beliau banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding keluarga.
Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati mudah marah.
Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya dan merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?
Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada mereka yang lebih tua, yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.
Aishah juga menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.
Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. – Daily Mail

Version bahasa english ==> http://www.dailymail.co.uk/news/article-2592436/He-wasnt-father-I-knew-He-lost-disturbed-Daughter-MH370-pilot-raises-alarming-new-questions-state-mind-weeks-planes-disappearance.html

Yang tak boleh blah tue, tak henti2 kaitkan dengan Anwar dan pembangkang. Gila terdesak nak reka plot ke?

Baca ;

Meanwhile, Aishah Zaharie, 28, the pilot’s daughter, said that in her last conversations with her father, she barely recognised the man who used to dote on her. ‘He wasn’t the father I knew. He seemed disturbed and lost in a world of his own,’ she said.

Last week, Faizah and Aishah, along with other family members, were interviewed in detail by police in Kuala Lumpur. The lengthy interviews, described in detail to The Mail on Sunday by a source close to the pilot’s family, revealed that:

  • Zaharie was on the brink of divorcing his wife after nearly 30 years of marriage.
  •  
  • He refused to attend marriage counselling with Islamic elders.
  •  
  • He shunned family and spent hours alone on his flight simulator.
  •  
  • He expressed ‘utter frustration’ at the jailing of his political hero, Anwar Ibrahim, hours before the flight.

Adik beradik mangga playboy. Penulisan SAMPAH.

Respon Aisyah Zaharie, anak kepada juruterbang MH370 pula kat bawah neh ;
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-sahabat-juruterbang-mh370-nafi-laporan-daily-mail

Dalam laporan berita yang sama menyebut tiada mana2 ahli keluarga kapten Zaharie pernah bercakap dengan DM. Bahkan, sebelum2 neh beberapa laporan DM dinafikan oleh pihak berkuasa USA. Kononnya ada penyiasat yang salurkan info tambahan mengenai masalah 'rumahtangga' yang dihadapi oleh kapten Zaharie, alih2 dorang semua nafikan. Langsung tak wujud benda2 tue. Saja nak bagi orang sangka buruk, fikir buruk. Apa la teruk sangat penulisan korang neh? Hish, Utusan mesti gemar kan? Dah macam adik beradik dah aku tengok. 

HAHAHAHAHA..