t>

Breaking News

Ini Penjelasan Dari YB PKR Berhubung Tweet Hina Polis


Aku rasa aku faham point YB Dr Afif neh. Maksud dia begini ;
Penjenayah bunuh polis bukan benda yang luar biasa. Sebab dia penjenayah kan? Polis memang musuh dia pun. Namun, polis jika bunuh tahanan (yang belum terbukti penjenayah) itu agak pelik sebab tahanan tersebut merupakan suspect penjenayah namun belum dibuktikan sebagai penjenayah lagi. Jangan2 cuma saksi kejadian ke, tak pun sekadar rakan kepada penjenayah ke, atau apa2 aje la. Pokoknya selagi mana tahanan belum dibuktikan terlibat dengan apa2 jenayah dan bersabit dengan pendakwaan, dia masih lagi seorang tahanan dan hak2 dia sepatutnya dilindungi sebab polis itu berperanan melindungi orang awam dengan adil dan saksama meskipun seseorang itu berada dalam tahanan polis. Tanggungjawab polis bekalkan keselamatan kepada orang awam dan tahanan termasuk sekali dalam skop ini sebab tahanan juga merupakan orang awam.
Ini point Dr Afif tue la.
Yang aku nampak dan faham. Namun lain orang lain tafsirannya. Nampaknya orang2 UMNO kemain marah dengan YB dari PKR ini. 
Baca dulu penjelasan dari tuan punya badan sebelum buat apa2 kesimpulan. Lepas dah baca, nak marah ke, sakit ahti ke apa ke itu korang punya pasal. Sebelum tue beri ruang untuk dengar dulu penjelasan dia okay.
Baca ; 
Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (gambar) daripada PKR menafikan status yang ditulis dalam laman Twitter bertujuan menghina polis yang terkorban dipukul oleh warga asing di Klang, Selangor baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu melahirkan kekecewaannya kerana status Twitter berhubung kematian Korporal Raja Aizam digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menampakkan dirinya tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.
"Saya difahamkan bahawa Tweet saya semalam disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam.
"Saya merasa sedih kerana Tweet tersebut dipintal secara jahat oleh pihak Umno dan BN untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya sebagai seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bekerjasama dengan polis demi kesejahteraan penduduk di kawasannya.
Sehubungan itu, beliau berkata tidak akan sesekali memperlekehkan peranan polis dan pihak berkuasa demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.
"Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadikan keluarga allahyarham Korporal Raja Aizam Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya.
Katanya, apa yang ditulis dalam status Twitter sebenarnya tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang terkorban kerana bertungkus-lumus mempertahankan negara.
Pada masa sama, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa lain memberi perhatian dalam kes kematian tahanan.
"Merujuk kepada laporan Suaram kematian dalam tahanan dari 2003 hingga 2008 berjumlah 1,531 orang.
"Sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang," katanya.
Beliau berkata, KDN perlu mencari penyelesaian bagi menangani isu tersebut selaras dengan jaminan Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Raja Aizam yang terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat.
"Keberanian allahyarham dan mereka yang lain sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada petugas keselamatan di seluruh negara," katanya. - 6 Mac, 2014 - TMI-