t>

Breaking News

JAIS Pantau KLIA Elak Bomoh Tikar Terbang Buat Amalan Khurafat..





Lambat. Setelah satu dunia bodohkan, bangangkan, maki, kecam dan kutuk Malaysia. Memang pemimpin2 negara kita ingat masyarakat di luar sana bodoh piang macam penyokong2 depa ke? Hantu betul. Itula pasal kena kutuk kaw2. Wartawan luar sebut pemimpin2 di Malaysia jawab isu MH370 macam jawab isu2 tempatan. Sedangkan isu MH370 ialah isu antarabangsa, isu global bukan isu tempatan. Maka ramai la wartawan2 luar negara kritik kepimpinan negara kita.

Padan muka la juga.

Selama neh depa bukan reti malu pun bila cuba keluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan rakyat. Hah, sekarang kena serang dengan wartawan asing. Amek kaw.. kalau la wartawan2 luar tahu semua statement2 bodoh menteri2 kita apa la yang mereka fikirkan agaknya kan..

HAHAHA..


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.
   
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
   
Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam tadi.
   
Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi.
   
Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.

Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
   
Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
   
"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.
   

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
   
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
   
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama