Keluarga China Rempuh Sidang Media, BBC Dihalang Lapor - Kemaskini #MH370.

Entah la.

Aku bukan nak side sapa2. Tapi aku rasa kedua2 belah pihak pun dah penat melayan karenah masing2. Yang si keluarga mangsa dah penat menunggu berita. Hari demi hari apa pun takde. Yang ada cuma spekulasi demi spekulasi je. Konon yang terbaru imej satelit. Bila diperiksa rupa2nya gambar lama. Tahun 2009 punya gambar. Putus harapan lagi.

Kenyataan Mahathir itu ada benarnya. Media luar pun tak lari dari memainkan pelbagai jenis spekulasi. Kejap begitu, kejap begini. Kita yang membaca pun makin penat dibuatnya. Kejap kang macam dah jumpa. Lepas tue tak jumpa2 lagi. Kejap kang macam ada harapan lepas tue harapan lesap kembali. Apa pun tak boleh.

Begitu juga dengan laporan2 dari media tempatan. Penuh dengan spekulasi. Kita neh pun turut sama terjebak sebab tak berapa faham lagi masa tue kan. Lepas dah faham baru boleh cool down sekejap.

Kenyataan2 menteri pun kadang2 membantu kepada kewujudan spekulasi itu sendiri. Kejap andaian pesawat berpatah balik. Kejap nafikan, kami masih memeriksa laporan itu. Kejap kang dah disahkan pula. Kejap dirampas. Kejap kang pilot bunuh diri. Kejap kang jangan fitnah pilot. Kejap kang suruh rakyat hentikan spekulasi. Hak eneyyyyyyyyyy.. sapa yang buat citer2 spekulasi pada awalnya kalau bukan korang sendiri? Bukan kah korang sendiri yang perlu berhenti mengeluarkan statement2 yang mengelirukan orang awam sebelum menasihati rakyat macam aku?

Lihatlah apa yang berlaku di sidang media tadi.

 
Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian untuk media mengenai MH370 selepas sekumpulan warga China masuk beramai-ramai untuk bercakap dengan pemberita.
 
Kumpulan itu, yang berjumlah kira-kira sedozen orang, berkata mereka adalah saudara mara penumpuang pesawat tersebut dan mahu meluahka kesedihan dan kemarahan mereka kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi mereka hanya mendapat sedikit maklumat mengenai kemajuan usaha mencari pesawat yang hilang itu.
 
Sekumpulan anggota polis muncul kemudian untuk membawa mereka pergi dari situ sebelum mereka sempat bercakap dengan pihak media.

Turut berlaku suasana tolak menolak dan kedengaran bunyi menjerit semasa kejadian itu berlaku.
 
"Saya sudah berada di sini selama empat hari! Sila bantu saya mendapatkan kembali anak saya!" kata seorang wanita warga emas sambil menangis, dalam bahasa Mandarin.

"Dari Laut China Selatan dan kini di tempat lain. Kami tidak tahu di mana pesawat itu telah pergi... Tidak ada maklumat langsung," kata yang lainnya.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/257578
 
Apa yang berlaku?

1. Keluarga China sudah penat menunggu.

2. Tetapi maklumat yang beredar kepada mereka hanya sedikit sahaja.

3. Mereka bengang sebab tak dapat apa2 perkembangan yang besar selama 4 hari ini.

Yang sebenarnya. Aku pun faham juga tekanan yang kerajaan kita terima. Yang MAS terima. Yang pihak keselamatan terima. Yang menteri terima. Yang Malaysia terima. Yang kita terima. Namun dalam waktu yang sama apabila kita menghalang keluarga mangsa bercakap dengan media itu bukan perkara yang betul. Biarlah depa nak release tension. Biarla depa nak cakap apa2 sekalipun. Buat apa nak dihalang2. Ko halang sekarang esok lusa depa dapat bercakap juga. Orang tengah panas ahti kot. Biar je la depa meluahkan rasa.

Tindakan halang BBC melaporkan kejadian pun tak patut berlaku.

Lihat ;


Isu MH370 sebenarnya dah tak terkawal dah. Disebabkan dari awal lagi menteri kita menggunakan methode yang tidak tepat untuk menanggani isu. Ini adalah akibat dari keputusan yang melulu pada awalnya. Namun masih belum terlewat untuk betulkan keadaan.


Bercakap memang senang. Aku tak nafikan. Kerajaan yang menanggung tekanan. Jadi, aku cadangkan baikla kementerian kita berpakat dan berbincang sama dengan pembangkang. Wakil2 rakyat dan menteri2 kita dikumpulkan, duduk mesyuarat berbincang dan cari jalan penyelesaian terbaik. Tak rugi rasanya kerajaan kita libatkan pembangkang dalam isu MH370. Kita nak selesaikan masalah bukan? So, libatkan lah pembangkang. 

Kita sama2 cari jalan selesaikan masalah. Kena akur juga. Ada beberapa kenyataan yang tidak betul dibuat oleh menteri2 kita ya. Yang neh kena akui. Dalam waktu yang sama kita terima juga yang terlalu banyak spekulasi2 liar kat luar sana yang mana spekulasi2 itu kadang2 bukan datang dari kita tapi dari pihak2 luar yang sengaja mengambil kesempatan. Yang itu pun ada juga. So oleh kerana kerajaan kita diperlihatkan agak gagal dalam menyelesaikan hal ini dengan  se-effisen nya, why not, kali neh kerajaan kita berlapang dada dan ajak wakil2 rakyat dari pembangkang, ajak DSAI sama untuk berbincang dan selesaikan masalah. Yang sudah tue sudah la. Time gaduh kita gaduh la. Ini negara ada masalah besar. Jom la kita selesaikan sama2 dulu..

Okay? 

Share this :

Previous
Next Post »