t>

Breaking News

Lagi Pihak Luar Tampil Bersihkan Imej Kapten Zaharie !!!


Satu lagi orang dari luar negara tampil membersihkan tanggapan salah terhadap kapten Zaharie.

Jika sebelum neh pilot dari luar negara tampil memuji kapten Zaharie, kali neh Thanos Kontogiannis rakan luar negara kepada pilot tersebut pula tampil menjelaskan kenapa kapten Zaharie memiliki simulator di dalam rumahnya. Dalam posting blog yang sama, Thanos juga memberitahu bahawa kapten Zaharie bukan seseorang yang akan terlibat dengan keganasan bahkan dia (kapten Zaharie) turut kongsikan kesedihan mengenai aktiviti keganasan di luar negara. Semua pihak perlu berhenti tunding jari kepada kapten Zaharie apatah lagi ia tak terbukti.

Apa nak jadi dengan kita neh? Orang kita, pilot kita, warganegara kita, seagama kita tapi orang2 luar yang tampil membersihkan nama baik kapten.

Huhu..
Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email. Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik. Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan. Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri. Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.