t>

Breaking News

Muhyiddin Yasin Bidas Poster Wan Azizah Berdoa..

Gambar yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin ;


Kalau aku, dari buang duit buat poster macam neh baik aku cetak pasal ;

1. Apa yang aku nak buat untuk penduduk Kajang

2. Sebarkan no hotline atau pusat khidmat bantuan yang disediakan oleh PKR. Takan nak tunggu menang baru nak turun bantu rakyat? Itupun kalau ada la kan.

3. Sebarkan manifesto2 kerajaan negeri. Ini penting supaya pengundi faham kedudukan wakil rakyat akan mempengaruhi keputusan dalam sidang DUN.

4. Sebarkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk penduduk Kajang.

Setakat poster berdoa dan sebagainya, sebagai seseorang yang berfikir kita mesti tahu perkara di atas tidak akan membantu menyelesaikan masalah penduduk Kajang. Buat apa nak tipu2? Kita cakap terus terang aje sudah la.

Ini pasal Kajang pun.

Justice DSAI justice juga.

Tapi justice penduduk nak campak ke mana? 

Pasal Kajang PKR perlu tekankan konsep justice untuk penduduk di Kajang. Pasal justice untuk DSAI sila tekankan dalam perkara yang takde kaitan dengan PRK Kajang. Kempen yang lari dari tajuk. Maaf cakap la, kalau aku antara orang yang terlibat dalam kempen di Kajang ;

- Elemen nak bagi orang simpati dan sedih neh aku tak main. 

- Aku suka terapkan elemen buat kerja. Tengok apa yang kita boleh bantu penduduk. Memandangkan kita pun kalau terpilih as wakil rakyat akan mendapat gaji. Menang atau kalau Wan Azizah satusen tak effect apa2 keputusan mahkamah bersabit liwat II. Itu urusan DSAI dengan mahkamah. Sistem keadilan negara. Kajang tak boleh buat apa2 pun.

- Focus kepada masalah dan isu setempat.

Seriyus aku cakap. Macam takde hujah. Btw, aku tak pula nak kata kenyataan Muhyiddin Yassin tue betul pula. Cuma aku nak bagitau, stop la dengan kempen2 menangis bagai la, simpati itu neh la apa la. Takan takde orang yang berani menyuarakan pendapat yang berbeza kot di kalangan korang? Kalau takde, neh aku ada. Aku dah cakap dah apa2 yang patut. Jangan marah ahhhhh..

HAHAHAHAHAHA..

Sekali lagi aku sebut. Kita neH wakil rakyat. Bukan wakil suami. Bukan wakil parti. Bukan wakil mereka2 yang teraniaya ataupun apa. Kita menawarkan diri di Kajang kerana mahu menjadi wakil rakyat. Tugas utama wakil rakyat ialah perlu bantu rakyat. Perlu up permasalahan2 rakyat. Itu tugas utama kita. Sebab tue kita namakan diri kita sebagai wakil rakyat. Dan, jangan lupa, kita dibayar gaji untuk bantu rakyat. Jadi, kalau rasa2 kita tak mampu nak seimbangkan apa yang perlu kita seimbangkan, jangan libatkan diri kita dengan apa2 perkara yang kita tak mampu nak pertanggungjawabkan. 

Manusia sekarang terlalu risau dan takut untuk berkata2 yang jujur. Jaga ahti la, perasaan la, kesian la. Bukan tak boleh. Memang boleh. Tetapi perlu tengok pada situasinya. Di Kajang jika Wan Azizah menang, tolong laa buat kerja untuk bantu rakyat yer.. Secara peribadi Wan Azizah ialah orang yang baik. Tetapi adakah dia berupaya untuk menjadi wakil rakyat yang baik pula? Itu kita kena beri masa dan peluang kepada dia untuk buktikan perkara tersebut.

Itu je la.

HAHAHAHAHAHA..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/257610