t>

Breaking News

Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? - Kerajaan Perlu Jawab !!!

Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;

1. Konsert

2. Program yang berskala besar

3. Event 

Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.

Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.

Siapakah penganjur konsert tersebut?

Syarikat Live Scape Sdn Bhd

Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?

Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.

Siapa Iqbal Ameer ini?

Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38

Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.

Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.

Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.

Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==> http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/

Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;



Apakah konsert yang cuba dianjurkan?

Konsert Festival Future Music.

Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?

Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.

Tetapi apa yang berlaku?

Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.

Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah2 seperti ;

1. Kemarau sehingga catuan air dibuat.

2. Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat.

3. Insiden MH370

4. Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi..

Jelas, konsert ini walaupun mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi keterlaluan dalam penganjurannya.

Bayangkan.

Tak mungkin la penonton2 yang bawa dadah dan alkohol secara haram tak boleh dikesan oleh pihak penganjur. Kalau dadah logik juga. Tetapi kalau arak bagaimana?

Sudah semestinya arak ada disediakan dalam konsert tersebut.

Apa tak cukup PANAS lagi bumi Malaysia ini sampai nak tambah PANAS? Dah tak cukup lagi MASALAH2 yang sedang dihadapi untuk tambah MASALAH baru lagi? Dah terer sangat ke nak selesaikan semua MASALAH2 yang ada?

Kerajaan perlu ;

1. Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini.

2. Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit.

3. Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert.

4. Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose.

Dan seterusnya dedahkan kepada masyarat mengenai hasil siasatan dan tolong dakwa mana2 pihak yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Meskipun mereka cuai kerana mengambil dadah dan alkohol secara berlebihan, pihak yang sediakan 'service' itu juga perlu diheret sama ke muka pengadilan sebab menyediakan service yang tidak sepatutnya kepada para pengunjung.

Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan untuk tahu salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam. 

Terima kasih.