Siar Iklan 'Tahinah' - Utusan Sarawak Minta Maaf..

Hehehe..

Iklan yang dimaksudkan ;

 
Betul ke kesalahan ejaan ataupun ia disengajakan? Taib Mahmud sentap ek? Dia mengamok sakan ke sebab kena sindir kaw2?

HAHAHA..

Baca ;

Akhbar berbahasa Melayu Utusan Sarawak hari ini meminta maaf atas kesilapan ejaan sebuah iklan ucapan tahniah kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri.

"Pihak pengurusan Utusan Sarawak ingin mohon maaf atas kesalahan ejaan yang tidak disengajakan itu," kata akhbar itu, yang dimiliki Sarawak Press Sdn Bhd pimpinan anak bongsu Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Semalam, akhbar tersebut menerbitkan iklan muka penuh tajaan parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi perkataan “Tahniah” disalah eja sebagai “Tahinah”.

Willian Chan, pengarang kumpulan Sarawak Press Sdn Bhd, bagaimana pun berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pekerja akhbar berkenaan.

Dipercayai PBB terlebih dahulu memastikan pruf iklan tersebut bebas dari kesilapan sebelum ia dihantar untuk penerbitan.

Utusan Sarawak merupakan antara akhbar tertua di negeri itu, dan sebelum ini pengarangnya pernah diberhentikan kerana menerbitkan laporan kurang menyenangkan mengenai pentadbiran Taib.

Taib mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari, dan dilantik menjadi Yang Di-Pertua baru mulai 1 Mac.

Pada 2006, akhbar The Sarawak Tribune yang diterbitkan bersama Utusan Sarawak, digantung permitnya kerana memaparkan kartun Denmark yang menghina Nabi Muhammad.

Akhbar berbahasa Inggeris itu muncul sekali lagi sebagai New Sarawak Tribune pada 2010.

Share this :

Previous
Next Post »