Terkini - Serpihan Dipercayai Bahagian Pintu Pesawat Ditemui Oleh Pasukan Pencari Vietnam.

Itulah yang dilaporkan oleh WSJ sebentar tadi. Laman web Vietnam turut kemaskini perkara yang sama namun dalam bahasa dia la. Tak faham aku.

Lihat sini ==> http://infonet.vn/can-canh-manh-vo-nghi-op-cua-so-may-bay-malaysia-tren-bien-post121635.info

Dan apa yang dikemaskini oleh WSJ pula ;

1. Serpihan yang dipercayai dari bahagian ekor dan pintu pesawat telah ditemui terapung2 di atas permukaan perairan.

Lihat gambar yang dikongsikan ;

 
2.  Lokasi penemuan objek tersebut ialah 50 kilometer dari Selatan Barat Daya - Kepulauan Tho Chu.

3. Namun pasukan khas pencari Vietnam tidak boleh mendekati objek tersebut berikutan waktu malam. Objek tersebut dikesan ketika hari sudah memasuki waktu malam.

4. Dan mereka akan turun ke lokasi semula pada esok pagi (isnin) bagi mendapatkan objek tersebut untuk siasatan lanjut dari pihak mereka. Maklumat tersebut telah disampaikan kepada pihak berkuasa kerajaan kita dan kerajaan kita hanya bersedia melakukan pengumuman rasmi sehinggala kehadiran objek tersebut dibuktikan sebagai salah satu komponen dari pesawat yang hilang.

Berita penuh dan sumber rujukan boleh klik disini.

Untuk rekod, kami menerima pelbagai ledakan info dan maklumat dari agensi berita dalam dan luar negara. Pelbagai website dan mirror website yang diwujudkan oleh beberapa portal berita agensi luar negara untuk kemaskini laporan demi laporan baru mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 yang membabitkan warganegara dari 14 buah negara yang berbeza.

Diharapkan info2 yang kami share dan petik dari agensi luar negara ini tidak menguriskan ahti dan perasaan mana2 ahli keluarga mangsa. Kami sekadar nak berkongsi info2 yang keluar masuk. Dan suka untuk diingatkan, sila semak semula link2 berita yang dishare untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih.

Harap maklum.

Share this :

Previous
Next Post »