t>

Breaking News

Warga China Berang Dengan MAS Isu Kehilangan Pesawat #MH370.

Lihat ;


Apa yang berlaku?



Mereka sedih. Kerana tiada menerima apa2 laporan berkaitan kejadian tersebut. Mereka rasa hak mereka untuk mendapat tahu perkara sebenar telah dinafikan oleh MAS.

Tapi aku rasa. Mungkin mereka dah penat dan letih menunggu serta mengharap. Yelah. Kat internet tulis macam2. Kejap begini, kejap begitu. Kat berita pun sama. Macam2. Kejap begini, kejap begitu. Yang MAS pula cakap belum ada apa2 penemuan lain. Penemuan yang boleh lead mereka untuk umumkan bahawa pesawat telah terhempas dan sebagainya. So family mungkin tertekan. Ada macam2 spekulasi dengan minda mereka diasak dengan pelbagai persoalan serta emosi.

Untuk rekod, individu dalam gambar di atas, memberitahu bahawa kesemua ahli keluarganya berada dalam pesawat tersebut. Mana tak sedih dan trauma.

Kesemua ahli keluarga dalam tue rupanya.

Dan dalam Awani tadi pun ahli keluarga mangsa (penumpang warga Malaysia) memberitahu bahawa mereka takan menerima apa2 maklumat (terhempas) sehingga dibuktikan begitu. Mereka lebih selesa dengan membina harapan yang positif iaitu kesemua anak kapal dan penumpang selamat. Hanya menunggu masa untuk ditemui. Dan meminta agar hentikan semua spekulasi (berkaitan terhempas) berkaitan kematian dihentikan.

Di satu pihak walaupun rakyat Malaysia mahu tahu kebenaran di sebalik kejadian, kita juga terikat dengan emosi ahli keluarga mangsa yang sememangnya berduka dan sedang sedaya upaya menerima perkara ini sepositif yang mungkin.

Apa boleh buat..

The truth is out there. Kena cari la.