t>

Breaking News

Ahli Parlimen BN Langkawi Hina Gambar Mayat Karpal Singh.

Kata Ustaz Asri, "Jika dia (Karpal) menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.” 

Sebenarnya Karpal tidak pernah benci Islam sekali pun dia dianggap orang yang paling kuat menentang hukum hudud. Karpal sebenarnya faham tentang hudud sebab itu dia tidak boleh terima hudud PAS yang ditafsirkan oleh PAS dimana hanya hukum hudud itu hanya untuk Islam saja. Karpal juga faham tentang kedudukan Perlembagaan sebab itu Karpal tahu batasan kuasa mahkamah syariah mengikut Perlembagaan yang ada sekarang. 

Sudah tentu sebagai peguam dia memilih untuk mempertahankan Perlembagaan dan Perlembagaan itu bukan dia yang buat tetapi adalah undang-undang yang telah pun dipersetujui oleh pemimpin terdahulu sebelum dia menjadi peguam lagi. Jadi kenapa menyalahkan Karpal kerana mempertahankan Perlembagaan yang bukan pun dia yang buat???

Kata Karpal, “Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk. Walaupun Pas telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza."

Karpal sudah pun mati dan dia tidak sempat untuk mintak diri dia dihormati. Namun mereka yang tahu menghormati diri mereka sendiri sebagai manusia sudah tentu tahu menghormati orang yang sudah pergi sekali pun yang pergi itu dianggap musuh. Jadi manusia yang tahu menghormati diri sendiri sekali pun kita tidak tahu menghormati orang lain. - Nordin KCD-


Tahu sapa tulis perkara kat atas neh?

Penyokong tegar UMNO. Satu nasihat yang berguna dari ahli UMNO kepada wakil rakyat UMNO. Moga wakil rakyat UMNO terima dengan terbuka teguran dan kritikan yang membina dari ahli2 sendiri.

Haha..




Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.
Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.
"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.
"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.
"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi. -TMI-