Angkara Kritik Polis Trafik - Wanita Ini Ditangkap Polis!

Biar betul?

Lihat komen dia ;


Dia update status kena saman pada 17 MARCH 2014. Dan pada 8 April kena angkut dengan polis atas sebab ;

1. Menghina POLIS Malaysia.

2. Mengaitkan Polis Malaysia dengan unsur2 rasuah.

Hehe.

Polis dengan rasuah saling tak kenal mengenali ke apa citernya neh?

Lawak la pula aku rasa.

Tapi kan komen dia bernas la wey. Ada lorong untuk memotong, tetapi nak bawa kenderaan had laju tak boleh lebih dari 90?

Hahaha..

Baca jap apa yang bloggers UMNO sebarkan ;
Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.

Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!

Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di dalam Facebook.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.

Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca posting Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.
 

"Jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu tali pinggang keledar."

Anggota polis trafik wanita itu berasakan kredibilitinya dan reputasinya sebagai seorang anggota polis telah dihina, membuatkan dia tekad untuk melaporkan posting berkenaan. Sekiranya dibiarkan berpanjang, anggota trafik, khususnya trafik, akan dipandang serong. Justeru selain laporan polis, anggota tersebut turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Selain ditahan di lokap dan akan direman, beberapa barangan milik wanita terbabit yang sudah bekerja di AADK Beaufort selama lima tahun, turut dirampas untuk siasatan.

Aku dah periksa laman account wanita di atas tetapi dia dah set privacy. Semua posting2 dia tak boleh nak tengok melainkan kita friend dengan dia je.

Dan lagi satu, aku pun tak faham kenapa PDRM sensitif sangat dengan isu2 macam neh? Berlambak2 lagi kes jenayah berat tue yang boleh ditumpu dan disiasat. Buat apa tambahkan beban kerja yang dah sedia berlambak2 tue. Patut kes2 begini tak perlu nak amek point. Masuk bakul sampah dan teruskan kerja2 cegah dan banteras jenayah je.

Yang aku tak faham tue, asal babitkan yang anti-najib je mesti kena punya walaupun cakap benda betul dan logik. Tapi kalau babitkan pembangkang hatta fitnah pun boleh relax aje terlepas ek?

Teruskan. Teruskan. Ketidakadilan begini la yang sebenarnya mendatangkan kesan buruk di kemudian hari. Apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Allah memerhatikan juga. Bukan aku aje.

HAHAHA.

Share this :

Previous
Next Post »