t>

Breaking News

Kerana Kritik Ustaz Don Daniyal, Wardina Safiyyah Dikecam.

Alah.

Bukan kritikan yang keras pun.

Lembut aje bahasa Wardina. Tapi kemain lagi sentap penyokong2 UMNO neh. Apasal pula dorang yang nak sentap? Kenapa bukan Ustaz Don Daniyal sendiri yang sentap? Ustaz pun tak cakap apa2 tapi orang lain pula yang lebih2. Kenapa?

HAHAHAHA..

“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran”
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam”
Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:
“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”
“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”
“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW” -RK-

Teguran yang lembut dan membina. Aku tak rasa Ustaz Don Daniyal akan sentap dengan teguran2 seperti di atas sebab itu teguran2 membina. Bukan teguran2 yang menghina. Lagipun Ustaz Don sendiri menyeru agar dia diperbetulkan andaikata dia salah dalam menyampaikan ilmu. Tuan punya badan kemain relax tetapi orang lain yang tak tentu hala nak marah2 dah kenapa?

Antaranya FB Ustaz Abu Syafiq yang pro UMNO tapi tak mengaku dia PRO UMNO (berpura2). Kenyataan kali neh dikeluarkan oleh salah seorang admin yang manage page Ustaz Abu Syafiq.

HAHAHA..

Lihat ;



Tang mana tak ilmiahnya teguran kak Wardina kita? Tersangat sangat sangatlah ilmiah berbanding maki hamun ataupun label2 yang mengarut.

Apa Achenese? Wardina orang Malaysia. Teguran dari muslim kepada muslim. Apa sibuk nak kaitkan dengan keturunan Acheh dia pula, ye tak?

Apa maksud selebriti murahan? Itu yang dimaksudkan teguran ilmiah?

Bagaimana pula dengan ayat puak pengganas radikal pelampau agama?

Hahaha.. label2 mengarut. Gelaran2 yang buruk terhadap umat Islam juga tidak perlu jika sungguh nak menegakkan teguran ilmiah. Tak la aku cakap aku bagus sangat tapi dalam kita dok kritik2 orang tegur tak ilmiah, kita pun kena tengok sama cara teguran kita. Cukup ilmiah ke untuk pertikaikan teguran orang lain? Dan kalau diperhatikan dan diperhalusi betul2, teguran Wardina tue memang ilmiah sebab dia sampaikan dalam nada berahti2 tanpa mengutuk dan mencerca peribadi dan ilmu Ustaz Don. Berbanding teguran Abu Syafiq di atas. Orang2 yang berfikir akan dapat nampak dengan jelas mana satu teguran ilmiah dan mana satu teguran tak ilmiah. Lue fikirlah sendiri.

HAHA..