t>

Breaking News

Kerjasama PAS - DAP HARAM Pula Dah Kata ISMA !!!

Satu lagi kenyataan yang kelakar dari ISMA.

Depa kata kerjasama PAS - DAP haram pula dah.. pandai2 keluarkan hukum.

WAKAKA...

Baca jap ;

Kerjasama politik antara PAS dengan DAP disifatkan haram kerana DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam iaitu undang-undang jenayah syariah, hudud dan qisas yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan, kata Ikatan Muslimin Malaysia, (ISMA).

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata syarat tahaluf siyasi antara PAS dengan DAP itu juga dianggap terbatal dan tidak sah lagi.

“Haram sekiranya PAS terus bersama DAP, lebih-lebih lagi ketika ini DAP secara terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Islam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Universiti Multimedia Cyberjaya, hari ini.

Ini kerana DAP menampakkan kemudaratan terhadap perjuangan dan penegakan Islam, tambahnya.
"Syarat tahaluf dalam syariat Islam bermakna orang bukan Islam harus menerima agenda Islam yang diperjuangkan, itu yang sepatutnya.”

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan pada Jumaat menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di negara ini.

Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan tindakan PAS tersebut melanggar muafakat Pakatan Rakyat kerana pelan pelaksanaan hudud dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut Abdullah Zaik, isu hudud bukan isu kecil yang dinilai daripada sudut mekanisme pelaksanaan semata-mata sebaliknya ia turut mencerminkan kedudukan agama Islam.

Katanya, jika hudud berjaya dilaksanakan, ia akan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.

“Kita mahu letakkan Islam di mercunya yang tinggi. Kedudukan yang tiada siapa boleh cabar. Keadaan ini jika berjaya telah mendaulatkan Islam berada di atas.

“Tetapi sekarang ramai orang bangkang, tidak mahu Islam di atas, dengan alasan yang berbagai-bagai seperti pemotong daging, mahkamah dan lain-lain. Mereka sebenarnya tidak mahu Islam berada di atas,” ujar beliau.
 

Just nak bagitau ISMA satu benda. Lihat gambar kat bawah neh okay. 
 
Malas aku nak cakap banyak dah ;
 
 
GERAKAN dan MCA ialah parti2 komponen yang duduk dalam BN yang juga ada UMNO dalam tue. Mereka juga bersekutu dan bekerjasama dalam urusan politik macam usahasama PAS-DAP.
 
Harap2 ISMA dapat perhalusi la fakta yang mungkin dorang terlepas pandang neh. Busy sangat dok dakwah siang malam kot.
 
WAKAKAKA..