t>

Breaking News

Lagi Kes Murid Kena Belasah Dengan Cikgu..

Stress ke apa cikgu tue sampai buat flying kick kat murid2 sendiri? Macam2 lahai. Apa pun satgi penat maki hamun cikgu tue alih2 keluar pula citer baru. Penjelasan dari cikgu. Yang sebenarnya saya tak belasah dia tapi dia yang belasah diri dia.. gaduh dengan kawan2, nama cikgu pula yang kena petik.

Boleh macam tue?

Haha..

Tapi siyes la. Aku rasa kes memukul murid2 oleh cikgu memang seriyus. Masyarakat kita terutamanya dari pihak ibu bapa ramai yang cenderung salahkan cikgu. Kalau tengok dari komuniti guru2 pula ramai yang salahkan ibu bapa yang kuat komplen. Kalau salah menyalahkan jadi trademark kita sampai bila pun masalah tak selesai punya.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan mengkaji. Kenapa cikgu2 kita mudah stress. Kenapa dorang tension sangat layan murid2 yang nakal dan tak mendengar kata. Dan kenapa pula ada di antara mereka sampai sanggup bertindak di luar batasan..

Tue semua kena siasat. Kaji betul2. Dan fikirkan solusi terbaik untuk tanggani permasalahan ini.

Baca ;


Kuala Terengganu: Sudahlah disepak, seorang murid tahun lima mendakwa dipijak gurunya bertubi-tubi sehingga pengsan dan muntah di surau sebuah sekolah rendah di daerah ini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.20 petang, mangsa, Wan Luqman Al Hakim Wan Omar, 11, dikatakan bergaduh dengan rakan yang mengejek nama bapanya dan pergaduhan itu disedari guru lelaki terbabit yang ketika itu berada di kawasan surau. Guru terbabit yang naik hantu dikatakan bertindak luar dugaan apabila menyepak kepala mangsa hingga dia jatuh sebelum memijaknya sehingga pengsan. 

Bapa mangsa, Wan Omar Wan Mohammad, 43, berkata, kejadian itu disedari anak saudara perempuannya yang bergegas ke rumahnya bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya, dia yang panik segera ke sekolah dan mendapati anaknya sudah lembik, terbaring dalam pejabat guru besar akibat dibelasah guru muzik terbabit. -HM-