RM25 juta Bela Panda Guna Duit Kerajaan Bukan Dana Swasta - NGO Islam Gesa Batalkan Projek Diplomasi Panda !!!

Mungkin ada ulama yang akan berkhutbah jumaat mengatakan bela panda mengikut syariat Islam pula. Mana nak tahu kan. Ulama2 kat Malaysia neh kan spesis halalkan tindakan kerajaan. Bukan kita ikut agama, tapi agama yang kena ikut kehendak kita.

Baca ;

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengesa rancangan membawa kerajaan dua Panda China yang terpaksa ditangguh, dibatalkan terus dari dibawa ke negara ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata rancangan itu bukan sahaja tidak sesuai , malah ia menyiksa haiwan itu dan tidak membantu negara ini akan mendapat manfaat apa-apa melainkan terdedah kepada pembaziran.

"Kami kesal kenapa pihak Kementeriaan ghairah untuk meneruskan projek ini kerana ia bukan sahaja mendera haiwan itu dengan menerbangkannya beribu kilometer dari habitat asalnya, malah ia menelan belanja yang sangat besar, tidak relevan dengan keperluan rakyat dan bukan suatu keutamaan," tegasnya.

Adalah dilaporkan, Malaysia telah menghantar lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar untuk menjalani latihan di China bagi menjaga haiwan di rumah baru mereka di sini.

Semalam, kerajaan memaklumkan kedatangan dua Panda Gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.
    
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Mengulas lanjut Mohd Azmi berkata, pihaknya bukan sahaja mengesa keputusan itu dibatalkan kerana disaat ini negara berhadapan dengan krisis kehilangan MH370, malah adalah berdasarkan bahawa projek itu bercanggah  dengan hak haiwan itu untuk hidup dalam persekitarannya yang asal dan asli.

Program membawa panda itu menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM 25 juta untuk penyediaan keseluruhan prasana.

Ianya meliputi pembinaan tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun

Share this :

Previous
Next Post »