t>

Breaking News

Senarai Product Kesihatan Dan Kecantikan Yang Bermasalah - Wanita Patut Baca.

Benda neh disebarkan menerusi wassap. Sepatutnya kementerian kesihatan perlu masukkan dalam akhbar2 arus perdana juga. Aku rasa ramai orang tatau pun sesetengah product yang mereka selalu beli dan guna tue sebenarnya bermasalah dan tiada kelulusan dari KKM. 

Cuba tengok senarai product2 yang dikatakan bermasalah itu ;






Ada yang boleh dibaca nama product. Ada yang langsung haram nampak. Kan bagus kalau diberikan list penuh dan paparkan ia dalam website untuk memudahkan rujukan para pengguna di Malaysia terutamanya para wanita sebab dorang yang selalu beli benda2 macam neh. Maklumat macam neh tak boleh disorok2. Kena war2kan dan kementerian kesihatan perlu mainkan peranan untuk menghebahkan maklumat. Pasal rokok seludup boleh pula pongpang2 sembang kencang. Pasal product2 yang berbahaya pun patutnya kerajaan kena sembang kencang juga. Buat iklan dan pemberitahuan supaya rakyat alert sikit maa..

Setahu aku la kan, iklan vimax tue bersepah2. Ada kat google. Yang tue ubat kuat. Dan product tue dikatakan product yang dicemari racun.

Manakala product glutathione yang dikatakan product tidak berdaftar tue pula berlambak2 orang jual kat facebook. Apa citer?

Aku rasa ramai yang dah beli. Alih2 product tue tak berdaftar dengan KKM. Selalunya kalau tak berdaftar neh ada dua sebab. Pertama malas nak lalui proses pendaftaran. Kedua sebab product mereka memang bermasalah.

Apa pun mohon kita semua ber-ahti2 dalam membeli sebarang kosmetik. Silap beli merana badan. Ingat tue. Nak cantik ke nak apa ke lantak la. Janji pastikan kita hanya menggunakan product2 yang disahkan selamat sudah la..

Oke bai.