Teguran Wardina Terhadap Ustaz Don - NGO Islam Sokong Tindakan Wardina.



Tak sangka pula ramai yang serang Wardina sejak2 ustaz Abu Syafiq mengajak Wardina untuk berjumpa. Tujuan dia ajak berjumpa tue sebab pendapat Wardina terhadap kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal. Aku rasa dia nak bekap Ustaz Don Daniyal. Macam over pun yer juga. Sejak2 itulah tetiba ramainya geng2 UMN0 membalon Wardina di ruang facebook dan juga twitter. Memang dorang takde kerja2 berfaedah untuk dibuat agaknya. Orang bertanya sebab mahukan penjelasan lanjut. Yang aku pelik. Ustaz Don Daniyal langsung tak respon apa2. Langsung tak balas dengan sinis ka sindir ka marah ka apa. Dia relax aje diam2 disitu. Orang lain pula yang beria2 marah tak tentu hala. Apa kes? 

Yang bertambah2 pelik. Yang kena kritik dan dipersoalkan tue ialah Ustaz Don. Ustaz yang takde kena mengena p bagi no telefon ajak berjumpa, berbincang dan sudi nak menerangkan (memenangkan) keadaan pula beria2. Apasal pula? Ambil kesempatan bina populariti ka?
HAHAHA..
Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ) mempertahankan tindakan selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don, dengan menegaskan Islam tidak melarang umatnya bertanya dan berbincang.
Ketua pemuda IQ, Abu Hafiz Salleh Hudin, berkata kenyataan Wardina tersebut bertujuan untuk mendapatkan kepastian.
"Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam.
"Wardina Safiyyah dengan jelas dalam kenyataannya bertanya dengan maksud mendapatkan kepastian terhadap persoalan beliau dan itu tidak sepatutnya dianggap tidak beradab," katanya.
Rabu lalu, Wardina mengkritik kandungan ceramah yang disampaikan penceramah tersebut kerana tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Wardina yang juga merupakan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) menggesa kerajaan menyiasat kandungan ceramah tersebut kerana khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.
"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan sunnah. It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina Safiyyah Official Page.
Susulan kritikan itu, peminat Don membidas Wardina sebagai tidak layak mempertikaikan penceramah tersebut.
"Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah'," kata Abu Hafiz.
NGO yang diterajui bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu juga menegaskan persoalan ilmiah seharusnya dijawab dengan nilai ilmiah bukan dicemari serangan dan cemuhan peribadi.
"Perbincangan ilmiah dan kebebasan memberikan pendapat adalah prinsip yang perlu diangkat dalam masyarakat.
"Adalah tidak wajar untuk melabel sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza sebagai pemecah belah masyarakat dan berbagai gelaran yang tidak sepatutnya," kata Abu Hafiz.
Video ceramah tersebut bertajuk ‘Kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal’ yang berdurasi hampir 20 minit itu.
Video itu memaparkan dakwaan Don mengenai Imam Mahdi berasal dari Tanah Melayu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid juga merupakan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Namun sejurus selepas kenyataan kritikan terhadap Don, Wardina diselar peminatnya kerana dianggap tidak layak untuk menegur penceramah berkenaan.
Wardina mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan beliau mempunyai hak bertanya sekiranya terdapat keraguan dan persoalan. – TMI -

Share this :

Previous
Next Post »