Warga Bangladesh Saman Malaysia RM3juta.

Warga Bangladesh tue saman kerajaan sebab menghukum dia tanpa usul periksa aka melulu walaupun pada hakikatnya dia bukan seorang penjenayah kat negara neh.

Dia datang bekerja di Malaysia ikut peraturan yang termaktub. Tetapi dia dipaksa menjalani hukuman di atas kesalahan yang dia tak pernah lakukan.

Yang aku pelik. Yang p mengaku bersalah tue kenapa? Jangan2 dia mengaku bersalah sebab tak bawa permit ketika keluar berjalan2 kot? Bukan nya mengaku bersalah sebab takde permit? Yang pihak imigresen takde link ke dengan PDRM untuk membolehkan PDRM periksa benda2 begini? Ini rm3juta bakal melayang. Sama nak mengantikan neh? Rakyat Malaysia lagi? Orang lain yang buat salah, orang lain yang cuai, orang lain yang tak cekap buat kerja, orang lain pula yang kena tanggung  akibat. Apa pun tak boleh!!

Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28, disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.

Hakim Zamani Abdul Rahim sendiri terkejut apabila pekerja itu telah disebat dan selesai menjalani hukuman, kata peguam S Raveentharan dalam sidang media hari ini.

Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Menurut peguam, Alamin memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan menyaman defendan kerana liabiliti gantian atas kecuaian, ketidakcekapan kerja dan menjalan hukuman pada orang yang tidak bersalah.

Alamin juga menuntut ganti rugi “kehilangan kelelakiannya” ekoran sebatan itu, hilang pendapatan RM1,300 sebulan untuk lima hari tidak bekerja, untuk kemurungan dan juga RM25,000 sehari untuk tempoh 90 hari untuk salah penjara (tiga bulan). -MKINI-

Share this :

Previous
Next Post »