t>

Breaking News

5 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Meminjam Untuk Beli Rumah !!


Artikel yang patut dibaca bagi mereka yang ingin atau sedang dalam proses untuk membuat pinjaman perumahan.
Artikel ini diterbitkan oleh IMONEY. Aku kongsikan kat sini sebab dia bagi info yang bermanfaat kepada bakal peminjam perumahan terutama yang langsung tak pernah beli rumah aka tak pernah pinjam duit untuk beli rumah. Sapa tahu kalau kita bayar cepat (habiskan bayaran hutang sebelum tamat tempoh) pun kena denda. Tahu tak?
Hehe.
Sesetengah bank ada peraturan macam tue tau. Pasal apa dorang tak bagi korang bayar cepat? Sebab kurang untung pada dorang la. Lagi lama ko pinjam = lagi banyak bunga yang depa boleh collect woo.. so sebelum meminjam pastikan korang tahu beberapa perkara yang asas okay. 
Bacalah!
Mengambil pinjaman rumah? Ini adalah 5 kesilapan pinjaman rumah yang biasa orang lakukan terutamanya bila mereka memohon buat pertama kali. Teruskan membaca supaya anda boleh elakkan kesilapan-kesilapan ini juga.
Mengambilnya Sedangkan Anda Tidak Layak
Bank, dengan sifatnya, selalunya teruja untuk menawarkan pinjaman-pinjaman rumah kepada pembeli-pembeli rumah yang layak. Namun, kata kuncinya ialah “Layak”. Di Malaysia, pemohon pinjaman rumah yang layak selalunya merujuk kepada seseorang dengan Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio/DSR) yang baik dan tiada markah merah pada laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System/CCRIS) yang dikumpul semak oleh Bank Negara. Jika anda tidak memenuhi kriteria, mereka tidak mempunyai masalah untuk menolak permohonan anda. Jadi sebelum anda memohon, anda akan mahu memastikan yang anda telah membuat persediaan yang diperlukan dan tidak membuat sesuatu yang sia-sia dari mula lagi.

Tips DSR dan CCRIS

- Anda boleh memeriksa DSR anda dengan mudah dengan membahagikan jumlah keseluruhan hutang bulanan anda / komitmen pinjaman (termasuk pinjaman yang anda ingin ambil) dengan pendapatan bulanan anda. Katakan bank tersebut mempunyai syarat DSR 50% dan pendapatan bulanan anda ialah RM10,000; anda dikira calon yang layak jika jumlah keseluruhan pinjaman anda / komitmen hutang ialah RM5,000 atau kurang.
- Anda boleh memastikan CCRIS anda bersih dengan membuat bayaran khidmat semua pinjaman, hutang dan bil kad kredit anda tepat pada masanya.
Terus Ke Kadar Faedah Terendah Dan Tiada Yang Lain
Anda akan meminjam sejumlah wang yang besar. Sudah jelas, anda akan daftar dengan sesiapa yang menawarkan anda kadar faedah terendah. Betul tidak? Dalam sesetengah hal, ya. Keutamaan anda sepatutnya adalah mendapatkan kadar faedah serendah yang boleh, tapi anda tidak patut lupa perkara-perkara seperti margin pembiayaan, tempoh berkunci (lock-in period), dan benda-benda mudah seperti memastikan ada cawangan berdekatan di kawasan anda.
Untuk senarai perkara-perkara yang anda patut pertimbangkan, lihat 6 perkara yang anda patut pertimbangkan apabila mengambil pinjaman rumah untuk membeli rumah di Malaysia.
Memohon Dengan Hanya Satu Bank Dan Memberitahu Mereka Mengenainya
Di Malaysia, ia menjadi satu kebiasaan bagi pembeli-pembeli rumah yang berpengalaman untuk “meninjau” tawaran-tawaran pinjaman rumah yang terbaik sebelum memberi komitmen. (NOTA: untuk mengetahui caranya, baca pos tetamu pakar hartanah terkenal Malaysia Jeffery Lam).  Memohon dengan hanya satu bank, dan anda sebenarnya tidak memberi diri anda pilihan-pilihan lain walaupun syarat yang ditawarkan kepada anda sangat teruk.
Kesilapan yang lebih teruk yang mungkin anda lakukan ialah dengan memberitahu pegawai pinjaman bahawa “mereka satu-satunya bank di mana anda membuat permohonan”. Ia seperti memberi mereka lesen untuk memberi anda kadar paling teruk yang ada, kerana mereka tahu anda tiada tempat lain untuk dituju dengan 2-atau-3-minggu tarikh akhir yang biasanya diberi oleh pemaju rumah tamat.
Tidak Memfaktorkan Kos-kos Pinjaman Rumah Anda
Pinjaman rumah melibatkan yuran, caj dan juga insurans rumah yang mungkin satu kejutan buat pembeli-pembeli rumah yang tidak berpengalaman. Sesetengah bank menanggung sebahagian daripada caj-caj ini, manakala yang lain mungkin tidak. Kebanyakan pembeli rumah mempunyai dana yang terhad (oleh itu perlu mengambil pinjaman), jadi ia sangat penting yang anda faham mengenai caj-caj yang terlibat sebelum anda memberi komitmen.
Untuk memahami yuran dan caj utama berkenaan dengan pembelian hartanah melalui pinjaman, sila rujuk artikel “Adakah Anda Bersedia Dari Segi Kewangan Untuk Membeli Sebuah Rumah Di Malaysia” kami yang ditulis untuk The Star Property.
Tidak Membaca Terma & Syarat
Di iMoney, kami selalu menekankan kemestian membaca cetakan-cetakan halus untuk apa-apa saja yang melibatkan wang. Ini juga termasuk perjanjian pinjaman rumah anda. Jika anda tiada kapasiti untuk berbuat demikian, pastikan anda meminta pegawai pinjaman untuk mengemukakan semua perkara-perkara penting (seperti jumlah pinjaman, kadar faedah, jumlah ansuran, tempoh pinjaman, margin kewangan, tempoh berkunci (lock-in period), penalti pelangsaian awal dan yuran & caj).
Peraturan Asas: jika ia tidak terdapat dalam perjanjian anda, ia tidak memberi kesan. Sampai bila-bila. Jadi jika pinjaman rumah anda menunjukkan tempoh berkunci 3 tahun manakala pegawai anda memberitahu anda 1 tahun, tempoh yang pertama menang. Sepanjang masa.
Mengambil pinjaman rumah sekarang?  Sila lihat jadual perbandingan pinjaman rumah kami dan cari pinjaman yang sesuai untuk anda!