t>

Breaking News

Bumbung Sekolah Runtuh Pula Dah - Susuli Keruntuhan BN Di Terengganu !!! #KonflikTerengganu

BN dengan muka tak malunya menggunakan taktik kotor untuk mempertahankan kekuasaan mereka di Terengganu.

Mula2 bagi alasan ;

1. Sultan perkenan BN sebagai pentadbir.

2. Kemudian bagi alasan BN masih sah sebagai pentadbir ikut mandat PRU KE 13.

3. Disusuli dengan alasan bahawa speaker juga diambilkira dalam memberatkan penguasaan BN di Terengganu.

4. Kemudiannya bagitau UMNO belum terima surat keluar UMNO secara rasmi dari adun2 Terengganu yang isytihar keluar parti.

5. Dan yang terkini, penasihat undang2 tak habis2 muncul di berita dengan bagitau walaupun ketiga2 adun tersebut keluar UMNO mereka masih sokong UMNO dan atas sebab itulah UMNO berhak mentadbir Terengganu.

Ketika ini ;

- Najib enggan komen.

- Hishammuddin minta semua orang2 UMNO bertenang.

- Media arus perdana pro kerajaan cuba sedaya upaya untuk tidak sensasikan situasi

- MB baru Terengganu tidak dapat dihubungi.

- Media sudah berkampung di Istana bagi menunggu reaksi terbaru dari BN.

- Ketua Polis Terengganu akan memastikan keadaan keselamatan di Terengganu terkawal.

Dan dalam pada kita dok sibuk2 tepuk tangan tengok BN kelam kabut pertahankan kuasa, sekali bumbung runtuh lagi di Terengganu. Kali ini babitkan sebuah sekolah. Kejadian berlaku pada petang semalam namun baru dilaporkan pada hari ini. Mungkin taktik alih tumpu. Haha. Apa pun nasib baik takde sesiapa yang terkorban. Cuma rakyat Terengganu aje yang akan berkorban. Almaklumla.. berapa juta agaknya yang dibayar gunakan wang rakyat untuk memastikan adun Terengganu tak buat hal.

WAKAKAKA..

Baca ;




KUALA TERENGGANU – Episod runtuh di Terengganu belum berakhir apabila satu lagi kejadian bumbung runtuh berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kerana pelajar berada di surau sekolah bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Hashim Mohd Zin berkata, punca bumbung bangunan tiga tingkat itu runtuh berkemungkinan disebabkan oleh kekudanya yang telah reput.

“Saya difahamkan bangunan itu berusia hampir 10 tahun dan mungkin punca runtuh disebabkan kayu pada bahagian bumbung sudah reput.

“Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika itu pelajar sedang menunaikan solat Zohor.

"Serpihan besar runtuhan bumbung juga tidak jatuh terus ke bawah menyebabkan kenderaan guru yang diletakkan di bawah turut terselamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, buat masa ini pihaknya akan mengosongkan bangunan dan kawasan sekitar demi keselamatan warga sekolah.

“Tindakan segera akan dilakukan bersama pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini supaya tidak mengganggu proses pembelajaran di sekolah,” katanya. -SH-