Ibrahim Ali Berdoa Anwar Masuk Penjara Dan Akan Buat Kenduri Kesyukuran.


Presiden NGO pendesak Melayu, PERKASA mendoakan agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cepat-cepat dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya.

Dakwa Ibrahim, ia baik kerana Anwar telah banyak menyusahkan "pihak keselamatan negara".

"Saya bersyukur dan gembira Anwar akan ke penjara atas kesalahannya. Lagi cepat dia masuk penjara lagi baik.

"Ia baik untuk rakyat dan negara, baik juga untuk pihak keselamatan kerana pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ibrahim lagi, beliau ada bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Anwar dipenjarakan nanti.
 
Tambahnya, perkara itu pasti menjadi kenyataan memandangkan Anwar sendiri sudah menghebahkan dalam ceramah-ceramahnya yang beliau tetap akan dipenjarakan.
 
"Saya berdoa, cepatlah dia ke penjara, seperti yang dia sendiri uar-uarkan. 
 
"Sayalah orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara," katanya lagi.
 
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
 
Anwar dan peguamnya kini sedang merayu keputusan tersebut. -MKINI-

Katakanla, Anwar Ibrahim benar2 masuk penjara selepas ini. Mesti Ibrahim Ali bangga2 cakap doa dia dah dimakbulkan oleh Allah, betul tak?

WAKAKAKA..

Tak cukup dengan berdoa, siap gembira dan bersyukur lagi tue. Lepas tue cadang nak buat kenduri kesyukuran.

Yang buat aku rasa lawak sangat bila dia cakap pihak keselamatan pun dah pening layan karenah Anwar. Hebat ke apa si Anwar neh sampai 1Malaysia pening2 layan karenah dia? Lue fikirlah sendiri.

HAHAHAA.. 

Share this :

Previous
Next Post »