Isteri Kepada Pramugara #MH370 Yang Hilang Selamat Melahirkan Anak (Dengan Gambar).

Comel. 

Nama bayi comel ini dinamakan sebagai Muhammad bin Mohd Hazrin, anak kedua kepada pasangan Intan Maizura dan Rain (salah seorang anak kapal MH370). Semoga Intan tabah dgn dugaan ini dan jagalah Muhammad sebaik-baiknya!

Sebelum masuk ke bilik operation untuk melahirkan bayi ini, Intan update instagram dia yang juga mendapatkan perhatian ramai dengan caption ;

"19 May 2014 Sayang, Ampunkan lah segala dosa2 mami to you... Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemafaan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita.. Ampunkan lah mami B... Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini.. Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata2 you yang diamanahkan oleh Allah ini menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia & di akhirat.... Salam sayang & rindu to you B... I realy realy miss you ... #prayforrainmh370 #prayformh370"

Tulisan di atas telah mendapat simpati orang ramai dan dikongsikan oleh ramai orang di wall facebook dan twitter masing2. Tak kurang juga ada yang menyindir2.

Yelah. Bukan Intan sorang aje yang meratapi kehilangan suami ketika anak masih dalam kandungan. Ramai lagi wanita2 yang senasib dengan Intan. Namun, kebetulan insiden #MH370 ialah insiden yang mendapat perhatian rakyat disebabkan ia antara insiden yang jarang2 sekali berlaku di Malaysia. Itu sebab insiden tersebut diperkatakan orang ramai. Harap suara2 negatif tue cool down ye. Korang tatau macam mana sedih dan kecewanya perasaan melahirkan anak tanpa suami disisi. Bercakap memang mudah. Alami dulu, baru sembang kencang okay.

Intan merupakan isteri kepada Mohd Hazrin atau lebih dikenali sebagai Rain, salah seorang anak kapal MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Intan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam dan bayi tersebut diberi nama Muhammad bin Mohd Hazrin. Pasangan itu juga sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman. Usaha mencari pesawat yang menerbangkan 239 penumpang itu kini telah memasuki fasa baru SAR di dasar laut.

Share this :

Previous
Next Post »