Luahan JAKIM - JAKIM Tak Pernah Sorok Atau Manipulasi Fakta.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu ditegaskan dalam satu pertemuan khas dengan lapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kuala Lumpur, semalam.
"Jakim mengambil keputusan untuk mengatur pertemuan ini kerana beranggapan pihak NGO yang memberikan pandangan dan kritikan melalui media massa perlu mendapat penjelasan dan maklumat terperinci daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
NGO terbabit ialah Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam (ACCIN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Othman berkata, tujuan pertemuan itu diadakan adalah bagi mendengar pandangan NGO berhubung isu halal.
Pada pertemuan itu, Jakim turut memaklumkan kedudukan isu penemuan DNA babi (Porsin) dalam coklat Cadbury dan memberi penjelasan berhubung isu halal. – Bernama, 31 Mei, 2014. -TMI-

Owhh iyeke?

Tapi macam mana pula dengan keterangan kat bawah neh?

 
Sehari sebelum JAKIM bertemu NGO2 tersebut kes di atas neh kecoh. Kemudian JAKIM bersepakat bertemu dengan NGO2 yang terlibat. Tetapi JAKIM masih gagal menjawab isu yang ditimbulkan di atas. JAKIM sebut mereka tak pernah sorok fakta atau cuba manipulasi isu. Jika benar boleh nafikan dakwaan yang dikemukakan oleh saudara Faiz dalam satu laporan media?

JAKIM JAKIM..

Kalau teliti betul2 keterangan yang dinyatakan oleh tuan Faiz kat atas neh jelas menyebut PEGAWAI JAKIM.. pertemuan diadakan secara sulit. Siapa PEGAWAI JAKIM yang membocorkan maklumat ini? Alamak aiiiiii.. ingat rakyat budak2 ke senang kena tipu? Drama.. dramaa.. tak habis2 dramaa..

Hehe..

Share this :

Previous
Next Post »