Panda Sudah Tiba Di Malaysia - Inila Gambar Pasangan Panda Itu!




Panda yang bakal membuatkan rakyat Malaysia menangis selama 10 tahun akhirnya telah selamat tiba di Malaysia pada jam 8 pagi tadi.

Baca jap apa yang BH update ;

Pasangan panda, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun, selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi tadi. 

Ketibaan dua ekor panda yang dibawa menaiki penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. 


Palanivel dalam ucapannya sempena ketibaan itu, berkata pasangan panda berkenaan akan terus dibawa ke Zoo Negara untuk dikuarantinkan selama 30 hari di ekshibitnya yang sudah siap dibina. 

Ia dijangka dapat ditonton oleh pengunjung Zoo Negara, akhir Jun ini.

Ketibaan pasangan panda itu sangat bermakna buat Malaysia memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan Ulang tahun Ke-40 hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Feng Yi bermaksud Phoenix/unik luar biasa dan Fu Wa (bertuah) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu, antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) meminjam dua beruang panda daripada republik itu selama 10 tahun.
Ia dilakukan menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
 
Gambar panda tersebut ;





Ciss..

Panda mana2 pun sama je muka depa. Melainkan kurus gemuk je. Alahaiiii beruntungnya jadi panda dari jadi rakyat kat negara neh. Selamat berbahagia la ko panda. Rakyat kat negara neh sampai cemburu kat panda ini bererti kerajaan layan panda lebih baik dari layan rakyatnya sendiri.

Hahaha..













Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »