t>

Breaking News

Penjelasan Kenapa Anjing Buta Dipanah Terbongkar Akhirnya - Melayu Sama Melayu Gaduh Pasal Anjing!



Kes anjing kecoh semalam. Anjing tersebut telah dipanah beberapa kali sehingga luka. Dipanah oleh seorang individu yang mana gambarnya juga turut tersebar di laman2 sosial sejak kelmarin.

Lihat gambar ;


Gambar yang tersebar menunjukkan seorang individu memegang anak panah dan seekor anjing yang buta tercedera kerana terkena 2 panah di badannya.

Percaya atau tidak, apa2 sahaja kes jika ia babitkan ORANG MELAYU, kecenderungan untuk MEREKA BERGADUH SESAMA SENDIRI adalah sangat TINGGI?

Lihat ;


Angkara anjing. Dan percaya atau tidak ada yang sanggup membela individu yang memanah anjing buta itu atas alasan Islam membenarkan perlakuan tersebut kerana anjing itu jijik sangat.

Yeke?

Haha. Apa pandangan Islam tentang anjing?

Lihat ;



Bukan la aku nak jadi HAKIM pula dalam kes neh. Cumanya ;

1. Bila tatau apa yang berlaku, diam lebih baik.

2. Ataupun berikan komen yang tak memihak kepada sesiapa sehingga perkara tersebut terbukti.

3. Tunggu penjelasan dari kedua2 belah dan barulah buat kesimpulan.

Ini tidak. Satu gambar keluar. Yang A dok menyerang. Yang B pula membalas nya. Sudahnya melayu sama melayu bergaduh pasal anjing.

Relax sudah laaaa..


Tengok aje perkembangan citer pelan2. Yang masing2 p melatah sampai bergaduh sesama sendiri buat apa? Anjing pun pening la tengok perangai melayu2 macam neh.

WAKAKA..

Berikut di THE STAR ONLINE memaklumkan bahawa punca anjing tersebut dipanah ialah kerana berdiri di depan rumah orang. Perghhhhhhh. Berdiri depan rumah orang pun kena panah. Kat tempat aku ada sorang penyokong PAS tegar buka kedai runcit tau. Usah kata anjing berdiri depan kedai, dia siap bagi anjing2 tue MAKAN lagi.

HAHAHHA..

Relax la brader. Anjing berdiri depan rumah je pun. Tak terbukti dia menganiaya lue. Yang nak sensitif sangat kenapa der? Ke lepas neh brader tue pula nak bagi penjelasan di paper? Sama2 kita tunggu.

WAKAKA..

Baca ;


Petaling Jaya, 14 Mei - Seorang lelaki memanah seekor anjing menggunakan dua anak panah selepas anjing berkenaan enggan berganjak dari pintu pagar rumahnya.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam sehingga 9.30 malam, Selasa.

Menurut laporan The Star Online, seorang penduduk Taman Sinaran in Taming Jaya yang dikenali sebagai Allan Chong berkata dia ternampak seorang lelaki memegang busur dan anak panah menghampiri seeekor anjing. “Sewaktu menghampiri anjing itu, saya mendapati sudah terdapat dua anak panah pada badan anjing itu,” ujarnya yang kemudian cuba menghalau anjing berkenaan sebelum menghubungi polis.


Pihak polis menasihatinya supaya laporan dibuat bersama bukti untuk membantu siasatan.

Menurut Hong lagi, sebelum ini dia tidak pernah nampak kelibat anjing berkolar merah di sekitar kawasan itu. Malah, tambahnya, anjing berkenaan berkemungkinan sesat dan cuba mencari jalan pulang.

Sementara itu, Pengurus Projek Malaysian Dogs Deserve Better, Melinda Joy Gomez mengutuk keras tindakan lelaki berkenaan untuk menghalau anjing tersebut.
“Dia boleh meminta pertolongan jiran yang turut membela anjing, ataupun menggunakan semburan air dari memanah menggunakan anak panah,” katanya.