Rupa2nya Bayi Dibuang Hidup2 Dalam Tangki Tandas..

Gila kejammmm


Kes buang bayi yang mendapat liputan meluas baru2 ini. Korang tahu tak budak tue dibuang hidup2 oleh mak dia sendiri. Ah sial la. Aku mula la meroyan nak maki hamun. Berlambak2 orang di dunia ini inginkan anak. Tapi tak dapat2. Budak pompuan tue dapat anak buang pula tue. Kalau dah mati dia buang takpe juga (masih kejam dan aku tak sokong cuma dalam situasi neh at least budak tue dah meninggal dunia so takde la rasa seksa mati). Ini dia buang hidup2. Celaka betul. Nak aje aku dedahkan wajah dia yang dah tersebar kencang di wassap. Biar satu dunia satu rupa wanita kejam itu. Siyes aku cakap. Bengang gila babi ah dengan attitude minah tue.

Dah mengandung satu hal.

Kalau ye pun taknak anak, masa nak buang tue pastikan ia dibuang di tempat yang boleh dibuang macam baby hatch. Ataupun tempat orang lalu lalang so dapatla sesiapa jumpa cepat2 dan laporkan pada polis.

Ini mesti perut budak perempuan tue kecik itu sebab ahli keluarga dia tak perasan. Bila baca kes2 macam neh aku rasa memang tak sabar2 nak tengok penzina2 neh kena rejam. Bukan la sebab dorang berzina. Tapi sebab kejam nak mampos buang anak hidup2. Bayangkan riwayat budak yang baru lahir ditamatkan dalam tangki tandas oleh mak sendiri. Jangan bagi aku jumpa ko pompuan. Sia2 mati kena pijak. Siyes aku cakap.

Baca ;

Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth, Bukit Mertajam ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.
Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.
"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, hari ini.
Beliau berkata, remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.
Mazlan berkata, remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.
Katanya, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun.
Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai melarikan diri.
Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu. – Bernama, 8 Mei, 2014.

Share this :

Previous
Next Post »