t>

Breaking News

Taib Mahmud Dapat Gelaran Tun.

Hutang wajib dibayar jika ia babitkan kepentingan dan hak rakyat aje. Jika ia babitkan pemimpin2 negara yang merompak, menzalimi dan apa bagai, penceramah2 FB takan sound dorang bab hutang wajib dibayar.

Nak buat macam mana.

Dorang nampak rakyat aje yang jahat. Buruk. Teruk. Kalau pemimpin dorang jilat habis2 sampai menjilat jari lagi.

Tahniah. Taib Mahmud dapat gelaran Tun walau sama sekali tak layak. Hutang2 terhadap rakyat Sarawak tak terbayar pun sampai sekarang bahkan siap disanjung tinggi2 dengan penganugerah gelaran TUN.

Oooo.. masyarakat yang hidup di dunia ini. Mereka telah dipimpin secara salah sehingga mendorong mereka untuk berfikir secara salah.


Gelaran aka kasta yang mengarut. Tun konon. Nabi pun takde anugerah TUN.

Pui.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.

Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.

Beliau memegang jawatan tersebut selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.

- Bernama