t>

Breaking News

Tolong Diam, Kenyataan Anda Menyakiti Negara - Mahathir Kepada ISMA.


Kena sound setempek kau. Bukan dengan pembangkang pula tue. Dengan tokoh yang ISMA sendiri memang respect dan sanjung kaw2. 

WAKAKAKA..

Pun begitu, aku tak dapat memahami beberapa point yang Mahathir cuma nyatakan. Apa maksudnya bila dia suruh ISMA 'mematuhi Alquran' dalam isu hudud?

Betul la apa point ISMA perundangan ISLAM adalah untuk semua. Izinkan aku share apa yang aku rasakan. Aku tak kata aku betul ek. Ini cuma apa yang aku nampak je la. Kalau korang anggap aku salah, abaikan. Tapi jangan pula anggap aku betul (jangan bersetuju taklik membuta) sebab ini sekadar persepsi bukannya fakta pun.

Hehe.

1. Mahathir acap kali persoalkan tidak adil muslim potong tangan, non muslim dipenjara dalam isu jenayah curi.

2. Namun tak pula bermaksud Mahathir beranggapan bahawa hudud itu untuk semua.

3. Mungkin Mahathir beranggapan bahawa undang2 Islam tidak patut diadakan sama sekali. Baik untuk muslim mahupun non muslim.

4. Dan atas alasan itulah Mahathir menyeru ISMA kembali kepada Alquran bila diminta respon tentang pandangan ISMA bahawa HUDUD untuk semua.

Haha..

Mahathir Mahathir.. tidak la aku membenci ko secara peribadi. Tapi tolongla jangan jadi Mustafa Kamal Attartuk yang kedua. Aku harap sebagai orang ISLAM kita ;

- Persepsi salah tentang Islam, kita betulkan.

- Amalan bengkok oleh penganut Islam, kita luruskan.

- Namun dalam waktu yang sama jangan menyumbang kepada  SALAH FAHAM yang berterusan. Banyak sangat benda2 mengarut yang berlaku sekarang neh atas nama agama sampaikan kita keliru antara betul dan salah.

Fikir2kan la ek.

Baca ;

Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising. Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.

Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam

"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada negara ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990 oleh Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows hari ini.

Dr Mahathir berkata kenyataan Isma tidak membantu mengekalkan keamanan negara, dengan menambah, kaum Cina juga adalah rakyat Malaysia dan mempunyai hak mereka sendiri.

"Kita tidak perlukan sesiapa untuk menghasut supaya berlaku rusuhan kaum dan perkara sebegitu," katanya.

Tentang cadangan terbaru Isma bahawa hudud perlu dikenakan bagi umat Islam dan bukan Islam, perdana menteri paling lama Malaysia itu menyuruh Isma itu supaya 'mematuhi Al-Quran'.

"Jika dia sudah membaca Al-Quran dengan teliti, ia mengatakan Tuhan tidak menyukai mereka yang menghasut supaya berlaku huru-hara atau kekacauan.

"Jadi dia patut mematuhi Al-Quran," kata Dr Mahathir menjawab kenyataan presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan undang-undang jenayah Islam itu patut dikenakan kepada semua rakyat Malaysia.


Beliau juga berkata mereka yang menyebabkan ketegangan antara agama merupakan mereka tidak belajar daripada sejarah.

"Mereka tidak belajar daripada sejarah. Tiada manfaatnya menyebabkan ketegangan, konfrontasi dan ketidakstabilan. Mengapa kita perlu bergaduh? Kita saling menyakiti satu sama lain dan akhirnya apa yang kita dapat?"

Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak kini dalam situasi yang sukar untuk meredakan ketegangan agama yang semakin meningkat.

"Beliau sedang cuba melakukan tugasnya dengan baik tetapi situasi ini sukar. Anda (pengundi) tidak berikannya mandat yang cukup kuat," katanya, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana kerajaan memerintah Barisan Nasional menang dengan majoriti mudah.

"Anda mahukan liberalisasi, dan apabila kami sudah liberal, ia disalah gunakannya. Jika anda ambil tindakan, kami dituduh sebagai tidak liberal pula." tambahnya. – 9 Mei, 2014.