t>

Breaking News

Gambar2 Bas Terbabas Masuk Longkang.

Kejadian neh berlaku semalam sebenarnya. Kemalangan neh kira rare la juga disebabkan cara bas tersebut kemalangan dan kedudukan dia.

Lihat gambar ;



Ramai orang kumpul2 tangkap gambar kemalangan.

Masuk longkang muat2 size bas. 
LAPAN penumpang bas ekspres cedera ringan selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di Jalan Baru Prai berhampiran Taman Chai Leng, Butterworth, jam 6 pagi tadi.
Kejadian berlaku apabila pemandu bas berkenaan hilang kawalan dan melanggar pagar besi di tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dan lebar tiga meter, memetik Harian Metro.
Mangsa yang terperangkap dibantu keluar oleh orang awam melalui cermin depan dan tingkap bas yang pecah dalam masa 10 minit.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
Sementara itu, maklumat yang diperolehi menerusi Facebook Daily Traffic Report menyebut,kemalangan berpunca akibat pemandu bas yang memandu dalam keadaan mengantuk -MNH-