Ibu Remaja OKU Mengaku Tidak Bersalah Dalam Pertuduhan Mengabaikan Anak.

Selepas ditahan reman selama 4 hari, ibu kepada remaja OKU Firdaus, ibu Lola telah didakwa dalam dua pertuduhan yang berasingan iaitu ;

1. Mengabaikan penjagaan asas anak,

2. Meninggalkan anak tanpa pengawasan orang dewasa.

Namun ibu Lola mengakui tidak bersalah dalam kedua2 pertuduhan tersebut.


Ikat jamin yang dikenakan adalah 7,000.

7,000 tue mahal wei. Mana la si Ibu Lola neh nak mendapatkan duit untuk bebaskan diri dia betul tak? Jangan lupa, selain dari Firdaus, ibu Lola masih lagi ada seorang anak. Jangan kerana yang sulung terabai maka si bongsu pun dibiarkan terabai sekali tanpa kasih sayang ibu. 

Sudah la bapanya menyepikan diri. Aku pun tak faham la kenapa. Itulah. Kahwin sorok2. Kan dah susahkan diri, susahkan bini kedua, susahkan anak2.

Haiyaaa..

Baca ;
Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
    
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .
    
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
    
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
    
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
    
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan. -MK-

Share this :

Previous
Next Post »